10 Jenama Air Mineral Paling Mahal Di Dunia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

10 Jenama Air Mineral Paling Mahal Di Dunia

Share

Kalau korang rasa air mineral Evian tu harganya bangsawan, sebenarnya ada yang lagi mahal dari itu. Kebanyakan orang tak ambil kisah sangat masak air untuk jadikan air kosong tetapi tidak bagi mereka yang sepenuhnya bergantung pada air mineral.

Ia kerana ada yag berpendapat air mineral di dalam botol rasanya lebih enak dan berbeza dengan air yang dimasak sendiri di rumah dan sanggup menghabiskan duit demi ‘kualiti’ air mineral tersebut.

Pelik tapi benar, tapi memang ada jenama air mineral yang mahal. Jom kita tengok 10 yang tersenarai.

10. FINE – Satu Botol 750ml berharga RM20.20

Air mineral Fine ini berasal dari Jepun dan ditapis secara semulajadi melalui batu vulkanikkuno dari bawah Gunung Fuji. Maka terhasil lah air mineral Jenama Fine yang kaya dengan mineral dan ‘zero’ pencemaran.

Jenama air mineral ini agak mewah kerana proses saluran nya yang tiada pencemaran dari bahan lain dan ada yang mengatakan rasanya agak berbeza dengan air masak dan mempunyai rasa palet yang lembut.

Syarikat bagi air mineral FINE ini memulakan perniagaan sejak 2005 dan mengenakan caj RM20.20 bagi setiap botol bersaiz 750ml bagi air mata air yang berkualiti ini.

9. Tasmania Rain – Satu Botol 750ml RM20.20

Air Tasmania Rain ini pula berasal dari Pulau Tasmania yang terletak di Australia. Ia merupakan air hujan yang jatuh di Pulau tersebut dan kemudiannya dibotolkan.

Untuk pengetahuan korang, purata air hujan di Pulau Tasmania adalah yang paling bersih kerana keadaan udara di sana yang tiada sebarang pencemaran dan terus dibotolkan tanpa air nya jejak ke tanah.

8. Lauquen Artes Mineral Water – Satu Botol 750ml RM24.20

Air mineral ini pula berasal dari mata air di gunung berhampiran San Carlos Barilpoche, Argentina. Air mata air berada 500 meter di bawah permukaan tanah dan dikelilingi hutan seluas 20 ekar yang belum lagi disentuh manusia.

Suhu mata airnya sentiasa tetap 4 darjah celcius ia dibotolkan dan dijual dengan harga RM24.20 bagi setiap 750ml.

7. Aquadeco – Satu Botol 750ml RM48.50

Bagi air mineral ini pula, ia agak mahal kerana kesenian pada botolnya yang agak unik dan sumber airnya pula berasal mata air yang tak pernah disentuh di Kanada.

Air ini juga menang anugerah emas sebagai air bukan berkarbonat terbaik pada tahun 2007 dan menjadi salah satu kegemaran peminat air. Kebanyakan air ini boleh didapati di restoran mewah, hotel dan juga spa bertaraf bintang.

6. 10 Thousand BC – Satu Botol 750ml RM56.50

Sumber mata air bagi jenama ini terletak di Gunung Hat Glacier di British Columbia, Kanada. Ia memakan perjalanan selama tiga hari untuk mengambil air mineral tersebut yang menjadikan ia sebagai salah satu air termahal di dunia.

5. Veen – Satu Botol 750ml RM93.00

Air mineral yang sumber dari Finland ini dikatakan salah satu perairan paling bersih dan segar. Mata air nya terletak diluar sebuah kampung kecil Tengelio, Lapland.

Mata air Veen ini dikatakan telah ditapis secara semula jadi melalui zaman Ais sebelum sampai ke mata air semula jadi Konisaajo, iaitu kawasan artik semula jadi Finland.

4. Bling H20 – Satu Botol 750ml RM161.70

Mata air jenama Bling ini terletak di English Mountain Spring, Tennessee. Ia juga dibotolkan tempat yang sama sumber asal tersebut berada dan ada 9 proses pembotolan agar tak tercemar.

Air mineral Bling H20 ini dikatakan sangat ‘glam’ dan dibotolkan seperti champagne, Hanya disajikan di restoran mewah dan spa.

3. Filico – Satu Botol 750ml RM885.30

Kalau korang peminat catur, mestinya korang akan mengenali design botol ini yang direka secara unik. Sumber mata airnya terletak di Kobe, Jepun dan dibotolkan dengan botol kaca bertatahkan kristal Swarovski untuk kelihatan elegan.

2. Kona Nigari Water – Satu Botol 750ml RM1625.10

Air mineral ini dikatakan dapat membantu turunkan berat badan, berikan tenaga dan tingkatkan kualiti kulit korang. Mata air nya berasal dari Hawaii, 1000 kaki di bawah permukaan lautan.

Ia juga dikatakan sangat memuaskan ketika nak hilangkan dahaga dan juga ada terkandung elektrolit laut secara semulajadi.

Ada juga dari beberapa pakar dermatologi mencadangkan air minerak ini untuk kesihatan dan ada yang sanggup membelinya dengan harga ini.

1. Acqua di Cristallo Tributo a Modigliani – Satu Botol 750ml RM242,550.00

Dengan harga yang boleh beli sebuah rumah, air mineral ini adalah yang paling termahal sekali di dunia. Mata airnya berasal di Fiji dan Perancis dan dibotolkan dalam botol emas 24 karat.

Pembungkusannya yang yang mewah itu telah mengangkat air mineral ini yang termahal walaupun dikatakan ia mempunyai rasa kelembutan yang mengasyikkan seakan air dari syurga gitu.

Jadi, dalam senarai di atas, air kayangan mana yang korang pernah cuba? Tetapi minum air kosong pun ada tekniknya juga, jadi sangat rugi kalau tak ikut langkah ini.


 

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!