10 Arca Yang Unik Dan Pelik Di Dunia Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

10 Arca Yang Unik Dan Pelik Di Dunia

Share

Setiap tempat mempunyai ukiran yang melambangkan kisah atau peristiwa yang penting disebaliknya, namun ada juga beberapa tugu yang pelik dan tak menceritakan apa-apa kisah dan ini telah meninggalkan mereka yang melihatnya penuh dengan tanda tanya.

Berikut merupakan beberapa tugu yang unik dan pelik:

Source: Flickr

Knotted Gun Sculpture, New York, USA

Ukiran ini merupakan hasil Carl Fredrik Reutersward pada akhir 1980, ia merupakan peringatan terhadap John Lennon yang telah ditembak pada tahun yang sama.

Source: Visit Irving

The Mustangs of Las Colinas, Texas, USA

Arca ini merupakan salah satu arca kuda yang terbesar berbanding yang lain dan saiznya lebih besar berbanding kuda yang sebenar. Di kaki kuda tersebut terdapat air pancut yang istimewa, ia menampakkan seolah-olah kuda tersebut sedang berlari di atas air tersebut.

Source: MIS.ua

Monument To A Woman’s Handbag, Italy

Arca ini pertama kali dipertunjukkan di Itali di pameran bertajuk ‘Thoughts. Space. A dialogue between nature and imagination.’

Source: Daily Art Magazine

The Travellers, Marseilles, France

Ia bukan sahaja berada di Marseilles, kadang kala ia juga masuk pelbagai pameran.

Source: Round The World Magazine

Monument to the Unknown Bureaucrat, Reykjavik, Iceland

Arca ini dibina pada tahun 1994 oleh artis dan pengukir dari Iceland, Magnus Tomasson.

Source: Mapio.net

Headington Shark, Oxford, Britain

Arca ini didirikan pada ulangtahun ke-41 serangan nuclear ke atas Nagasaki pada akhir peperangan dunia ke-2. Ia adalah perumpamaan terhadap senajata berbahaya tersebut apabila jatuh dari langit.

Source: Flickr

De Vaartkapoen, Brussels, Belgium

Arca ini dibina oleh Tom Frantzen pada tahun 1985 di Molenbeek, Brussels. Arca ini sebenarnya menunjukkan satu sketsa kelakar di mana seorang lelaki tiba-tiba muncul dari lubang dan menarik kaki polis tersebut dari bawah.

Source: Earth Porm

Force of Nature

Ukiran ini dibina oleh seorang artis dari Itali bernama Lorenzo Quinn dan ia pernah diletakkan di merata-rata tempat di dunia termasuklah UK, USA, Monaco dan Singapura.

Source: Pinterest

Monument to Sigmund Freud, Prague, Czech Republic

Dibina oleh David Cerny, arca ini dibina bagi menunjukkan jarak antara mereka yang celik pandai dengan manusia biasa. Arca ini sentiasa dilewati oleh para pelancong apabila berjalan ke Prague.

Source: Pinterest

Statue of Franz Kafka, Prague, Czech Republic

Tajuk bagi arca ini ialah ‘Description Of A Struggle’ di mana watak utamanya menjadi iri hati dengan seorang pengembara, lalu menaiki bahunya untuk melihat dunia dari pandangan yang lain. Apabila dia sudah menaiki bahu pengembara tersebut, perasaan iri hatinya menghilang apabila dia sedar bahawa orang lain juga mempunyai kesusahan sendiri.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!