10 Hari Anjing Hilang, Kini Ditemui Berlari Di Jalan Raya

Type to search

Adamedia Isu Best

10 Hari ‘Hilang’, Kini Anjing Ditemui Berlarian Di Atas Jalan Raya

Share
hilang

Aksi lucu anak anjing poodle yang hilang dan terlepas di atas jalan raya pasti memberi bittersweet memories kepada semua pemandu ketika itu. Yelah, risau takut haiwan comel tu dilanggar, dia pula lari macam usain bolt bila dikejar hahaha

Perkongsian video yang mempunyai 3 bahagian rakaman detik mengejar anak anjing tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 1 juta di TikTok!

Menurut Steven Chong pemilik anjing poodle bernama Dafi, pernah berkongsi kehilangan haiwan peliharaannya di Facebook.

hilang

Dafi hilang ketika berada di boarding place.

“Anjing saya telah hilang kerana mereka dengan tidak sengaja membuka pintu dan Dafi berlari dari jambatan melepasi bahu jalan di hadapan “Eco Cheras” dan melalui Petron & stesen minyak Petronas menghala ke KL,” kata Steven.

https://www.tiktok.com/@vantharajavathavareven/video/6954930745450269954?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Rata-rata warganet gembira melihat tindakan pemandu motosikal yang melindungi haiwan itu daripada dilanggar. Terima kasih abang grab dan abang foodpanda yang sudi tolong bersama-sama!

Kini, Dafi telah diselamatkan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Mr Siva dan kembali ke pangkuan Steven.

Bagaimanapun, video ini turut dikongsikan oleh pengguna twitter @shebzzzzzzzzz dan telah mendapat 1.3 ribu retweets!

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!