Keputusan 12 Lagu Ke AJL35 Dapat Reaksi Negatif Dari Netizan );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Keputusan 12 Lagu Ke AJL35 Dapat Reaksi Negatif Dari Netizan

Avatar
Share

Keputusan 12 buah lagu yang berjaya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) telah diumumkan di Konsert ketiga Semi-final Muzik-Muzik 35 pada malam semalam.

Namun, keputusan tersebut rata-rata mendapat reaksi yang negatif dari netizen seolah mereka merasakan sebahagian lagu yang berjaya tidak layak berada di situ.

Netizen merasakan bahawa ada lagu lain yang sepatutnya lebih layak seperti Sembah nyanyian Naim Daniel, Sakit dari Yonnyboii & Zynakal dan banyak lagi.

Menurut Ketua Juri, Azmeer menyatakan bahawa keputusan tersebut adalah muktamad dan pertandingan AJL adalah merupakan pertandingan lagu dan bukannya nyanyian.

Netizen merasakan sangat kesal dan kecewa dengan keputusan yang diumumkan semalam.

Bagi pihak penulis merasakan bahawa kita perlu terima sahaja apa juga keputusan yang diumukan kerana juri-juri lebih pakar dan peka dalam bidang mereka.

Walau bagaimanapun penulis berharap 12 lagu yang berjaya ke pentas akhir AJL35 dapat melakukan persembahan yang terbaik untuk para peminat dan menghargai penulis serta komposer lagu mereka.

– 12 buah lagu yang berjaya ke pentas akhir AJL35 –

[Sumber: Facebook AJL]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!