16 Pesawat China Ceroboh Ruang Udara, Malaysia Keluarkan Bantahan Kepada Kedutaan );

Type to search

Adamedia Isu Best Pilihan Adamedia

16 Pesawat China Ceroboh Ruang Udara, Malaysia Keluarkan Bantahan Kepada Kedutaan

Share
ceroboh

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada hari Selasa mengatakan bahawa dia akan memanggil duta besar China di negara itu atas pencerobohan pesawat tentera China.

“Saya juga akan menyampaikan kerisauan Malaysia mengenai perkara itu kepada rakan sejawat di China. Pendirian Malaysia jelas, mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara tidak bermaksud kita akan menjejaskan keselamatan negara kita.

“Malaysia tetap teguh dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan kita,” katanya semalam.

ceroboh

Kenyataan Hishamuddin menyusul selepas pengumuman dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dimana pihaknya telah mengesan keberadaan 16 pesawat milik Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) pada hari Isnin (31 Mei) menceroboh ruang udara Malaysia berhampiran Timur Sarawak.

ceroboh

Pemintasan udara oleh TUDM

Penerbangan pesawat China itu pertama kali dikesan menceroboh oleh Pusat Pertahanan Udara di Sarawak pada pukul 11.53 pagi Isnin dengan memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan hampir melanggar wilayah udara negara Asia Tenggara.

TUDM menegaskan insiden kehadiran pesawat mencurigakan merupakan satu ancaman serius terhadap kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan.

ceroboh

“Apabila arahan tidak dipatuhi dan didapati melangkaui persempadanan KK FIR menghala ke ruang udara nasional, TUDM telah melancarkan pesawat-pesawat pemintas pada jam 1.33 petang waktu tempatan untuk melakukan identifikasi visual.

Hasil daripada pemintasan udara yang dilaksanakan,pesawat China tersebut dikenali sebagai Ilyushin 1l-76s dan Xian Y-20s.

“Pesawat-pesawat tersebut merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi,” jelas TUDM.

Pesawat China itu “terbang dalam formasi taktikal” dan dikesan terbang antara 23,000 kaki dan 27,000 kaki (7km dan 8.2km) di atas permukaan laut dengan kecepatan 290 knot memasuki zon maritim Malaysia.

Walau bagaimanapun, sebagai tanggapan segera, China mendakwa ‘kegiatan yang dilaporkan’ adalah sebahagian dari latihan penerbangan biasa yang ‘tidak meyasarkan mana-mana negara’ dan mematuhi undang-undang antarabangsa.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!