2 Produk Suzuki - Swift Sport & Jimny Dibawa Ke Malaysia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

2 Produk Suzuki – Swift Sport Dan Jimny Dibawa Ke Malaysia Oleh Pemilik Baharu

Share
suzuki

Setelah 5 tahun ketiadaan Suzuki di pasaran Malaysia, peminat kereta keluaran Jepun tertunggu-tunggu akan comeback dari Suzuki Cars. Kini mereka kembali bersama pemilik baharu!

Setelah menjual francais Peugeot dan Kia, Naza kembali ke sektor automotif arus perdana, mewakili jenama di bawah anak syarikat Naza Eastern Motors Sdn Bhd.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Automotif Naza Corporation Holdings Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata comeback Suzuki kali ini hadir dengan hatchback yang sudah popular tetapi bagi menarik minat pembeli terdapat sedikit perubahan pada gaya, pemanduan dan pengendaliannya.

suzuki

Swift Sport ZC33S

Diimport sepenuhnya dari Jepun, model generasi baharu ini dilengkapi dengan enjin K14C 1.4 liter Boosterjet turbo yang disifatkan sebagai “membawa Swift Sport ke wilayah hot-hatch sebenar” oleh Suzuki sendiri.

Walau bagaimanapun, model pasaran Malaysia tidak ditawarkan dengan kotak gear enam-kelajuan manual namun hanya hadir dalam versi kotak gear automatik.

Ia dipasangkan dengan six-speed automatic transmission bersama paddle shifter yang menghasilkan tork 140hp dan 230Nm dari 2,500rpm hingga 3,500rpm.

Dengan menjadi model CBU (completely built-up unit), Swift Sport dijual pada harga atas jalan tanpa insurans, termasuk pengecualian SST 50% untuk kereta CBU (sehingga Jun 2021) RM139,900.

Bukan itu sahaja, Suzuki Malaysia juga memberikan perlindungan waranti pengeluar selama 3 tahun.

Kelengkapan luaran:

  • lampu hadapan automatik dengan projektor LED
  • lampu kabus hadapan halogen
  • kemasan seakan karbon pada spoiler bampar hadapan
  • skirt sisi dan diffuser bampar belakang
  • sistem kunci pintar
  • kamera undur
  • pembuka but belakang elektromagnetik
  • tip ekzos berkembar kemasan krom
  • rim aloi 16-inci
  • tayar Yokohama Advan A 195/50R16
suzuki

Bahagian dalaman:

  • tempat duduk separa bucket
  • roda stereng rata di bawah dengan upholsteri kulit dan serlahan benang merah
  • kemasan-kemasan serlahan merah-hitam pada panel pintu dan papan pemuka
  • set pedal aluminium
suzuki

Perincian lain: 

  • cruise control
  • tuil brek tangan manual
  • panel instrumen analog dengan takometer latar belakang merah
  • skrin MID ditengah yang turut memberikan bacaan boost turbo dan daya G-Force
  • butang penghidup enjin dan sistem pendingin hawa automatik
suzuki

Infotainmen:

  • pemain utama Touchscreen Media dengan skrin 7-inci bersama fungsi arahan suara 
  • hubungan Apple CarPlay
  • enam pembesar suara
suzuki

Keselamatan:

  • airbag 
  • cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix
  • penderia parkir belakang
  • Hill Hold Assist
  • sistem brek ABS
  • EBD dan EBA 
  • Program Kestabilan Elektronik (ESP)

Warna:

  • Burning Red Pearl Metallic
  • Speedy Blue Metallic
  • Pure White Pearl
  • Champion Yellow
suzuki

Suzuki Jimny

Bagi Jimny pula, Jimny generasi keempat, yang sangat laris di seluruh dunia dan kini dijual di sini oleh grey importers, akan tersedia secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi, dengan jaminan kilang.

Menurut ketua syarikat Naza Eastern, Mohd Redza mengatakan bahawa model ikonik tersebut akan membuat penampilan sulung sekitar pertengahan tahun ini.

suzuki

Showroom Suzuki 3S pertama terletak di Naza Automall, Petaling Jaya dengan pelancaran Swift Sport baru.

Boleh lah test drive, mana tahu anda jatuh hati pada keluaran terkini dari Suzuki.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!