21 Produk Makanan Dikesan Ada Kandungan Racun - KKM );

Type to search

21 Produk Makanan Dikesan Ada Kandungan Racun – KKM

Adamedia Isu Best

21 Produk Makanan Dikesan Ada Kandungan Racun – KKM

Share

Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 21 produk makanan membabitkan 16 jenama mengandungi racun berjadual yang dilarang penambahannya dalam makanan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu dikenal pasti hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sepanjang tahun 2019 hingga Ogos 2020 yang melibatkan 849 produk makanan dianalisis.

“Tindakan undang-undang telah diambil ke atas pengeluar atau pengedar empat daripada 16 jenama produk makanan yang tidak mematuhi undang-undang.

“Bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan ke atas 12 jenama produk makanan lain mendapati nama dan alamat syarikat adalah palsu atau tidak lengkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan bahawa semua makanan yang dijual di negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Menurut Seksyen 13 Akta Makanan 1983, mereka yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang mempunyai bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Sehubungan itu Dr Noor Hisham berkata semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk berkenaan diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.

Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan terlarang, dan mencadangkan kepada mereka yang menggunakan produk makanan berkenaan supaya mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli profesional kesihatan.

“Adalah menjadi tanggungjawab pihak terlibat seperti pengilang, pembungkus, pengedar, ejen pemasaran dan penjual untuk memastikan produk makanan yang dijual mematuhi perundangan makanan,” katanya.

Senarai produk penuh boleh didapati dalam kenyataan penuh ketua pengarah di sini.

[Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia]

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!