3 Fakta Menarik Mengenai Meteor Geminid );

Type to search

Adamedia Infotainmen

3 Fakta Menarik Mengenai Meteor Geminid

Avatar
Share

Pada malam tadi, satu kejadian fenomena alam hujan Meteor Geminid telah berlaku dan menghiasi angkasa langit.

Ianya antara satu kejadian alam yang sangat cantik dan menurut kajian, fenomena ini sering terjadi pada bulan Disember setiap tahun dan tarikh kemuncaknya pada 13/14 Disember.

1. Kedudukan Meteor

Bagi penggemar astronomi ataupun fenomena alam, kedudukan Meteor Geminid adalah pada titik radian atau titik asal yang berada di buruj bintang Gemini.

Rasi Bintang, Konstelasi Peta

Jadi jika anda melihat hujan meteor tersebut besar kemungkinan ianya jatuh dari titik bintang Gemini, namun ianya juga boleh jatuh dari pelbagai arah.

2. Jumlah Meteor Semakin Banyak

Buat pengetahuan ramai, hujan meteor ini memang menajdi tarikan ramai dan ia sudah sering terjadi di muka bumi ini.

Walau bagaimanapun, semakin hari ia dikatakan berjaya mengumpul tenaga dan meningkat jumlah meteor yang jatuh ke bumi.

Menurut kajian, ia disebabkan tarikan graviti planet Musytari atau lebih dikenali sebagai Jupiter dimana ia menarik serpihan asteroid ke Bumi.

Disebalik kejadian tersebut ia menawarkan satu pandangan yang sangat cantik untuk dinikmati oleh orang ramai.

3. Muncul Pada Waktu Malam

Meteor Geminid boleh disaksikan pada sekitar awal malam dan ia berlainan dengan meteor yang lain dimana anda boleh saksikan pada lewat malam.

Sifatnya yang terang dan cerah boleh disaksikan tanpa bantuan lampu atau cahaya. Anda boleh melihat meteor tersebut dengan mata kasar tanpa bantuan teleskop atau cermin mata khas.

silhouette of person under starry sky

Bagi mereka yang terlepas jangan risau kerana masih ada lagi pada tahun hadapan. Ianya memang menjadi satu tarikan orang ramai kerana ia menunjukkan bahawa dunia ini masih luas dan masih terdapat banyak perkara yang perlu kita pelajari.

[Sumber: Kompas.Com, Rileklah]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!