3 Jenama Terkemuka Ini Mempunyai Sisi Gelap Tersendiri );

Type to search

Adamedia Isu Best

3 Jenama Terkemuka Ini Mempunyai Sisi Gelap Tersendiri

Share
jenama

Buat pengetahuan korang, minuman berkarbonat jenama Coca-Cola dicipta untuk penagih dadah manakala pengasas Levis memandang rendah pada produknya sendiri!

Coretan kali ini mengisahkan tiga jenama popular yang mempunyai jalan cerita yang orang ramai mungkin tidak ketahui.

1) Coca-Cola

Taste the Feeling, itulah slogan minuman bergas yang dahulunya berasaskan daun coca. Ha… nama berinspirasikan daun rupanya!

Daun coca tumbuh di sekitar Amerika Barat ataupun Latin Amerika. Ekstrak daun coca ini digunakan untuk mencipta dadah kokain, sejenis dadah yang digunakan bagi tujuan perubatan.

Seperti yang diketahui umum, pengambilan ubat kimia secara berlebihan akan menyebabkan gejala ketagihan.

Kalau korang nak tahu, ‘cola’ bermaksud soda bergas dan ‘coca’ pula sejenis daun untuk membuat dadah kokain.

Resepi ini menyumbang kepada ketagihan penggemar Coca-Cola sekitar tahun tahun 1860an sehingga 1880an.

Seperti John Pemberton, merupakan seorang ahli farmasi yang ketagih akan morphin, dengan itu dia mencipta minuman soda yang berasaskan campuran cocaine sebagai alternatif, lalu terjadinya Coca-Cola.

Korang mesti cuak kan, yelah dari kecil sampai besar minum air tu.

Jangan risau, resipi Cola yang kita minum harini tiada kesan kokain. Pada 1930an, pengguna di Amerika mengkritik kandungan yang digunakan dalam Coca-Cola dan memaksa mereka untuk menukar resipi.

Walaupun tiada sebarang dadah di dalamnya tetapi masih mengandungi gula yang tinggi dan boleh menyebabkan ketagihan kepada sesetengah orang. 

2) Hugo Boss

jenama

Seperti yang korang tahu Hugo Boss antara jenama yang terkenal untuk fesyen gaya hidup dan diminati oleh orang ramai. Asalnya, Hugo Boss merupakan pereka fesyen bagi pakaian seragam tentera Nazi.

Hugo Ferdinand Boss mengasaskan jenama dari Jerman tersebut pada tahun 1924 dan ketika itu dia seorang ahli Nazi.

Memasuki era pemerintahan Nazi yang diketuai oleh Adolf Hitler sekitar tahun 1933 sehingga 1945, jenama Hugo Boss ini pernah memberi sokongan untuk tentera Nazi secara khususnya dengan mencipta pakaian seragam. Tentera elite Nazi dikenali sebagai Schutzstaffel. 

Al-kisahnya bermula sekitar 1930an apabila Jerman menghadapi zaman keruntuhan ekonomi disebabkan mereka kalah di dalam perang dunia pertama dan terpaksa berhutang dengan negara lain. Banyak sektor yang terjejas, termasuklah syarikat Hugo Boss.

Ketika kerajaan di bawah naungan Nazi, ini memberi peluang besar buat Hugo Boss bagi menyelamatkan syarikatnya dari bankrap. Sebab itu dia mengambil keputusan untuk menjadi ahli Nazi dan mendapat projek dari mereka untuk menyediakan pakaian seragam kerajaan.

Hari ini, mereka tidak lagi menyokong ataupun berpegang pada ideologi Nazi dan sejarah hitam syarikat mereka ini adalah sebahagian daripada kisah Hugo Boss itu sendiri.

3) Levis

jenama
jenama

Cipta seluar jenama sendiri tetapi tidak memakainya atas alasan bukan untuknya, untuk golongan marhaen sahaja. Amboi! Inilah kisah pengasas yang seakan memandang rendah produknya sendiri. 

Levi Strauss mengasaskan jenama yang ikonik bagi jeans iaitu Levis. Berdasarkan latar belakang Levi, dia dilahirkan di kalangan orang bangsawan dan ayahnya merupakan ahli perniagaan yang cukup kaya. Hal ini menyebabkan dia tidak mahu memakai seluar keluarannya. 

Sekitar tahun 1853, Levi dan juga rakan pengasas, Jacob Davis, mencipta seluar kerja yang berkualiti tinggi, tahan dan tebal. Ini pada asalnya, bertujuan untuk pakaian tukang yang digunakan pekerja-pekerja lombong, buruh kasar, petani dan lain-lain. Setelah melihat penggunanya, ia seperti tiada standard untuk golongan kaya yang seringkali memakai, suit, kot dan tali leher.

Hari demi hari, Levis menjadi sangat terkenal di kalangan pekerja. Permintaan jenama ini membolehkan mereka mendirikan kilang pertama Levis di Sans Francisco. Sekitar tahun 1880an, disinilah jenama ikonik seperti 501 dikeluarkan.

Kini, jenama tersebut bukan lagi untuk pekerja tukang tetapi dijadikan sebagai fesyen gaya hidup dan harga seluar Levis dilihat lebih mahal berbanding yang lain. Mana tidaknya, sehelai seluar yang biasa sahaja hampir mencecah RM300-RM400. Tapi material dan kualiti memang tiptop lah.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!