3 Makna Pantang Larang Masyarakat Melayu Yang Kita Tidak Sedar I ADAMEDIA );

Type to search

Adamedia Edutainment Infotainmen

3 Makna Pantang Larang Masyarakat Melayu Yang Kita Tidak Sedar

Share

Setiap bangsa dan kaum mempunyai pantang larang mereka tersendiri dan sebenarnya ia banyak dipengaruhi dari segi agama dan kaum lain. 

Penulis yakin ramai orang kita tidak sedar yang kita kadang-kadang sudah melanggar pantang larang orang melayu. 

1. Jangan sapu sampah waktu malam

Menurut kepercayaan orang-orang zaman dulu, sapu sampah waktu malam ni boleh membawa perkara yang tidak elok dan membawa kepada kemiskinan. Kalau difikirkan secara logik, zaman dulu mana ada lampu dan cahaya yang kuat.

pantang
Sapu sampah / Unansea.com

Jadinya mereka tidak menyapu sampah waktu malam sebab takut ada tertinggal sampah yang bahaya seperti serpihan kaca atau benda tajam. Ianya bahaya terutama keluarga yang ada anak kecil, takut tercucuk dan terluka.

2. Anak dara jangan menyanyi dekat dapur

Pantang larang ni boleh dikatakan terkenal dalam kalangan ibu-ibu zaman dahulu. Bagi mereka tidak sopan anak dara menyanyi dekat dapur kerana takut nanti dapat suami tua. Sebenarnya ianya bertujuan untuk menggelakkan dari anak dara terleka ketika memasak. Takut nanti hangit pula dan terlepas bahan-bahan yang perlu dimasukkan. 

3. Makan dalam pinggan sumbing, nanti mulut jadi sumbing.

Sebenarnya maksud pantang larang ni ialah sebenarnya bahaya untuk makan dalam keadaan pinggan yang dah rosak atau sumbing. Takut serbuk-serbuk atau serpihan kaca termasuk dalam makanan kita.

Kalau nak tahu kenapa orang zaman dahulu berlapik atau pantang larangnya tak terus ke intinya kerana nak halang anak-anak dari berlakunya apa-apa. Biasalah budak-budak kita cakap bahaya lagi mereka nak buat. Jadinya pantang larang ini menurut penulis bagus bagi menggelakkan sebarang kejadian yang tidak kita ingini berlaku.

[Sumber: iproperty.com]

Baca juga: Ini sebabnya penting untuk belajar ilmu CPR jika berlaku kecemasan


Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!