4 'K-Drama' Best Tahun 2021 Korang Boleh Layan Di Netflix Time PKP Ni

Type to search

Adamedia Movie Review

4 ‘K-Drama’ Best Tahun 2021 Korang Boleh Layan Di Netflix Time PKP Ni

Share
K-Drama 2021 Best

Musim PKP dah kembali ni mesti korang bosan kat rumah tak tahu nak buat apa kan? Kalau korang peminat drama korea atau K-drama, mesti korang tahu yang Netflix sekarang ni dah banyak keluarkan drama-drama Korea.

Bagi korang yang banyak masa kosong time PKP tu apa kata jom layan 4 k-drama yang popular di Netflix tahun ini.

Mana tahu lepas khatam semua boleh fasih cakap Korea terus. Nanti bila sempadan negara dah dibuka, bolehlah pergi jumpa oppa korang kat Korea sana tu, annyeong!

1. Vincenzo [Rating IMDb – 8.7]

Antara K-drama yang paling popular tahun ini, drama ini mengisahkan tentang Vincenzo Cassano (Song Joong-Ki) yang ditinggalkan oleh ibunya ketika kecil dan diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga Itali.

Vincenzo kemudian menjadi seorang consigliere bagi sebuah keluarga mafia di Itali. Setelah terlibat dalam sebuah konflik, beliau melarikan diri ke Korea Selatan untuk mengambil emas yang disembunyikan di sebuah bangunan. Di Korea, Vincenzo terlibat dalam permusuhan dengan CEO syarikat Babel yang korup dan jahat, serta mengambil alih pemilikan bangunan tersebut.

2. Mine [Rating IMDb – 8]

Mine mendapat tempat di hati penonton dengan jalan cerita yang memberi ‘chills’ di samping kisah tersendiri watak utama yang penuh drama. Drama misteri/thriller ini berkisar tentang dua wanita Seo Hee-Soo (Lee Bo-Young) yang melepaskan kerjayanya sebagai aktres untuk berkahwin dengan seorang lelaki dari keluarga kelas atasan serta Jung Seo-Hyun (Kim Seo-Hyung) yang mengahwini anak lelaki pertama dari keluarga yang sama dan terkenal dengan keanggunan dan kecerdasannya.

Kedua-dua wanita ini bukan sahaja berusaha untuk mencari diri sendiri tetapi juga mendedahkan ‘ugly truth’ masyarakat kelas atasan.

3.Navillera [Rating IMDb – 8.9]

Drama ini dibintangi oleh pelakon terkenal Korea, Song Kang sebagai Lee Chae-Rok dan Park In-Hwan sebagai Sim Deok-Chul. Deok-Chul yang sudah bersara dan baru menyambut ulang tahunnya yang ke-70 menyedari bahawa ramai seangkatannya yang meninggal dan tidak dapat menunaikan impian mereka.

Dia membuat keputusan untuk mengejar impiannya sebelum terlambat, iaitu menari balet. Di akademi tarian, Deok-Chul bertemu dengan seorang pemuda, Chae-Rok yang bergelut dari segi kewangan setelah kehilangan ibu dan ayahnya di penjara. Chae-Rok menjadi guru kepada Daek-Chul dan mereka bersam-sama mengejar impian mereka dan menghidupkan kembali minat mereka terhadap balet.

4. Move To Heaven [Rating IMDb – 8.4]

Pastikan korang sediakan tisu di sebelah sebelum menonton drama ini, kerana jalan ceritanya akan membuatkan korang beremosi dari awal sampailah ke penghujung. Drama ini berdasarkan sebuah karangan bertajuk “Things Left Behind,” karya Kim Sae-Byul.

Geu-Ru (Tang Jun-Sang) berusia 20 tahun yang menghidap sindrom Asperger yang bekerja dengan ayahnya sebagai ‘pembersih trauma’ untuk syarikat mereka, Move To Heaven. Selepas ayah Geu-Ru meninggal dunia, bapa saudaranya, Sang-Gu (Lee Je-Hoon) yang juga bekas banduan dipaksa untuk menjadi penjaganya dan bekerja di syarikat tersebut selama enam bulan. Ketika bekerja, Sang-Gu menyedari betapa istimewanya anak saudaranya itu. Hatinya berubah setelah mempelajari tentang trauma emosi dan kisah-kisah yang ditinggalkan oleh mereka yang telah pergi.

k-drama k-drama k-drama

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!