4 K-Drama Saeguk Hits 2021 Yang Wajib Korang Tengok! );

Type to search

Adamedia Lifestyle Movie Review

4 K-Drama Saeguk Hits 2021 Yang Wajib Korang Tengok!

Share
saeguk

Drama Saeguk atau lebih dikenali sebagai Historical Drama antara salah satu genre yang sangat digemari penonton K-drama.

Tahun 2021 boleh dikatakan tahun drama Saeguk bagi penggemar K-Drama kerana hampir setiap bulan ada sahaja drama berkonsepkan sejarah. 

Jom kita lihat 4 K-Drama Saeguk yang sering trending di mana-mana laman media sosial di Malaysia. 

  1. River Where The Moon Rises

Drama ini dibintangi oleh pelakon yang sememangnya sudah terkenal membawakan watak genre Saeguk ini iaitu Kim So Hyun dan pelakon lelakinya yang namanya semakin naik iaitu Na In Woo.

Drama ini berlatarkan di zaman Goguryeo di mana Ga Jin/Pyeong Gang (Kim So Hyun) merupakan seorang puteri yang kehilangan memorinya dan dibesarkan menjadi seorang assassin. 

Poster Drama

On Dal (Na In Woo) pula seorang lelaki yang jatuh cinta dengan Ga Jin/Pyeong Gang dan dia sudi untuk menempuh perang darah bersama-sama. 

Drama ini sebelumnya mempunyai konflik dan terpaksa menukar watak utama lelaki yang kini dipegang oleh Na In Woo. Walau bagaimanapun drama berjaya memikat hati para penonton.

Saeguk
Kim So Hyun (Kiri) & Na In Woo (Kanan)

2. The Red Sleeve

Drama yang diangkat dari kisah sebenar korea selatan mengenai kisah cinta antara raja dan dayangnya. Drama ini dilakonkan oleh idol k-pop terkenal iaitu Jun Ho 2PM dan Lee Se Young. 

Ianya antara drama sejarah yang dinantikan oleh peminat dan ditambah lagi dengan jalan ceritanya yang menarik dan penuh dengan kesedihan. 

Poster Drama / KDramaStars

3. Secret Royal Inspector Joy

Seorang lagi idol dari kumpulan 2PM memainkan watak sebagai seorang Agen Rahsia Diraja iaitu Taec Yeon dan Kim Hye Yoon. Drama ini semangnya penuh dengan gelak ketawa dan hiburan.

Taecyeon yang sebelum ini terkenal dengan drama Vincenzo berjaya memikat lebih ramai peminat dan semestinya drama ini juga berjaya mengangkat namanya lebih tinggi dalam industri hiburan.

Drama ini mengisahkan tentang Ryan (Ok Taecyeon) dan Kim Joy (Kim Hye Yoon) yang bertugas sebagai agen untuk menangkap mereka yang jahat dan terlibat dalam korupsi. Sememangnya drama ini akan membuatkan anda tidak kering gusi.

Poster Drama / Asianwiki.com

4. The King’s Affection

Jangan terkejut jika seorang raja yang anda sangkakan seorang lelaki merupakan seorang wanita. Drama ini mengisahkan mengenai seorang wanita yang terpaksa menjadi seorang raja bagi menggantikan kembar lelakinya yang mati dibunuh. 

Si raja itu pada waktu kecilnya dibuang keluarga kerana Raja pada ketika itu percaya bayi perempuan tidak layak untuk hidup. Si Raja wanita itu dilakonkan oleh Park Eun Bin dan watak lelaki pula dilakonkan oleh Ro Woon dari kumpulan idol SF9. 

Drama ini agak sedikit berat kerana ianya bermain dengan politik, kekeluargaan dan banyak lagi. Namun ianya memang sangat berbaloi untuk ditonton. 

Poster Gambar / Soompi

Penulis merasakan bahawa warganet semua pasti akan seronok dan terkesima dengan lakonan yang mereka bawakan. Ada banyak lagi k-drama yang berkisahkan sejarah Korea Selatan.

BACA JUGA: Wanita Ini Kecewa Duit Tabung Bernilai RM4,330 Habis Dimakan Anai-anai


Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!