4 Negeri Ditamatkan Pelaksanaan PKPB Bermula Esok – Ismail Sabri
Share

Pihak kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada esok hari bagi negeri Melaka, Johor, Kedah dan Terengganu.
Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata bahawa tindakan tersebut berdasarkan penilaian risiko yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
PKPB ditamatkan di Kedah kecuali Kulim, Melaka, Johor kecuali Kota Tinggi dan Mersing dan Terengganu pada 21 November 2020 – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri @IsmailSabri60#NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/oroWSRqv7j
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) November 20, 2020
(Sumber: Twitter Astro Awani)
Keputusan menunjukkan penurunan kes positif dan keadaan terkawal di negeri-negeri tersebut.
Namun terdapat beberapa daerah masih dalam pelaksanaan PKPB antaranya Kulim di Kedah, Kota Tinggi dan Mersing, Johor kerana kes menunjukkan masih tinggi.
Walau bagaimanapun, Prosedur Operasi Seragam (SOP) masih perlu dipatuhi oleh semua masyarakat di Malaysia.
Sumber: Berita Harian