4 Tips Dan Langkah Penjagaan Ketika Banjir );

Type to search

Adamedia Lifestyle

4 Tips Dan Langkah Penjagaan Ketika Banjir

Avatar
Share

Sekarang memang sudah tiba waktunya bagi musim tengkujuh dan banjir. Namun ramai yang masih keliru dan tidak tahu tips dan langkah persediaan yang betul ketika menghadapinya sebelum ketibaan penyelamat.

Apatah lagi kita banyak mendengar berita dan kes yang melibatkan bencana banjir di beberapa negeri. Ia melibatkan kerosakan infrastruktur serta kemalangan nyawa.

car on body of water

Antara tips dan langkah penjagaan yang boleh anda semua ikuti terbahagi kepada beberapa situasi antaranya:

1. Sebelum Banjir

Sebelum anda mengetahui bahawa tempat anda akan dilanda banjir, perhatikan cuaca di kawasan tempat anda adakah hujan semakin lebat ataupun tidak serta dapatkan maklumat banjir agar ia lebih memudahkan anda.

Sentiasa peka dengan amaran banjir yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan melalui radio, media sosial ataupun melalui televisyen. Pastikan juga segala lubang air di dalam dan luar rumah anda bersih dan tiada apa yang menghalang air masuk.

Simpan siap-siap segala dokumen penting supaya mudah untuk dibawa ketika banjir melanda. Sediakan juga bekalan makanan yang bersesuaian dan minuman untuk anda sekeluarga. Pastikan juga alatan komunikasi anda seperti telefon pintar, powerbank atau alatan yang sesuai dicas dengan penuh.

2. Semasa Banjir

Jika anda mendapati bahawa kawasan anda sedang dilanda banjir, segera pindahkan alatan yang ada di dalam rumah ke tempat yang lebih selamat. Pastikan dokumen penting anda sentiasa berada dekat anda dan diletakkan di dalam fail kalis air.

Tutup segala suis eletrik, injap utama bekalan air serta tong gas anda. Kita tidak mahu ianya rosak atau pun terjadi perkara lain. Pastikan anak anda sentiasa berada dekat anda terutama yang kecil kerana takut mereka bermain air dan terjatuh.

3. Semasa Pemindahan

Jika anda sudah menerima arahan untuk berpindah, segeralah bergerak dengan cermat dan berhati-hati ke pusat pemindahan yang telah disediakan. Bergerak pada waktu siang lebih efektif kerana ianya lebih selamat dan senang untuk orang melihat.

Tinggi Air, Elbe, Meissen, Darurat

Ikut segala arahan dan prosedur yang dikeluarkan bagi memudahkan kerja pemindahan berjalan dengan lancar.

4. Selepas Banjir

Selepas pengumuman mengenai redanya banjir diumumkan, jangan tergopoh untuk pulang dengan kadar segera sebaliknya duduk dan dengar arahan dari pihak berkuasa supaya mereka dapat memastikan keadaan sudah betul-betul pulih dan selamat.

Dahulukan warga emas dan mereka yang memerlukan dahulu untuk menerima bantuan pulang ke rumah. Jangan bertolak sesama sendiri, anda perlu ingat semua orang sedang menghadapi masalah yang sama.

Jika anda sudah sampai ke rumah anda dan hendak memasukinya, pakailah pakaian yang selamat dan bertutup. Pastikan lelaki yang dewasa untuk masuk dahulu, manakala yang wanita dan kanak-kanak boleh tunggu di luar sebentar.

Ini untuk memastikan keadaan di dalam rumah anda selamat untuk di masuk, kerana ketika banjir semua barang boleh mudah pecah atau terbocor tanpa kita sedari.

Jika anda dapati terdapat sebarang kerosakan yang merbahayakan nyawa segera laporkan kepada pihak berkuasa. Perhatikan juga tiada haiwan berbisa seperti ular berada dalam kawasan rumah anda.

Jika semua sudah selamat, anda bolehlah memulakan proses pembersihan rumah anda untuk anda menetap kembali.

[Sumber: Jobstore]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!