MMA: 400 Doktor Kontrak Sekitar KL dan Selangor Letak Jawatan Sejak Januari 2021 );

Type to search

Adamedia Isu Best

MMA: 400 Doktor Kontrak Sekitar KL dan Selangor Letak Jawatan Sejak Januari 2021

Share
doktor kontrak

Seramai 400 orang doktor kontrak di seluruh negara terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor mengambil keputusan berhenti sejak Januari lalu akibat terlalu letih dan mengalami tekanan mental mengharungi tempoh pandemik COVID-19 yang panjang.

Malah, isu kekurangan tenaga kerja dan hospital-hospital yang penuh sehingga tidak lagi dapat menampung pesakit COVID-19 terutamanya di Lembah Klang turut menjadi punca tindakan itu.

BACA: Doktor Kongsi Cara Untuk Mengelakkan COVID-19 Daripada Merebak 

Buat masa ini dianggarkan 23,000 orang pegawai perubatan berstatus doktor kontrak yang sedang berkhidmat di hospital-hospital awam seluruh negara.

resign
Antara surat perletakkan jawatan yang disiarkan di media sosial.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Subramaniam Muniandy berkata, ini berikutan doktor kontrak hanya ditawarkan tempoh lanjutan kontrak dan bukannya perjawatan tetap.

“Ini membuatkan mereka berhenti apabila beberapa tuntutan tidak dipenuhi dan tidak merasakan faedah tanpa perjawatan tetap,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa mengambil maklum nasib yang menimpa mereka, tetapi menasihatkan kepada mereka untuk terus bersabar.

“Kita tidak sokong dengan apa-apa gerakan, tetapi kita minta semua terus bersabar kerana wabak Covid-19 masih melanda negara,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, disiplin dan komitmen rakyat adalah perkara paling penting supaya tidak mengakibatkan sistem perkhidmatan di sesebuah tempat itu ‘lumpuh’.

 

Katanya, semua pihak perlu mempertimbangkan perkara itu kerana petugas-petugas barisan hadapan juga mempunyai had mereka berikutan pandemik yang melanda negara sudah menjangkau hampir dua tahun.

“Dia (petugas barisan hadapan) juga manusia, jika mereka tidak mampu dari segi psikologi dan fizikal, mereka juga tidak mampu bertahan.

“Kita mengharap kepada kerajaan, kerajaan itu siapa? Mereka ini petugas-petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang ada had. Jadi kita kena memahami.

“Kita duduk seminggu dalam rumah tak buat apa-apa pun sudah tidak mampu, apatah lagi mereka (petugas barisan hadapan) tidak tidur bahkan hendak solat susah dengan pakaian (berlapis-lapis). Pakai selapis juga sudah berpeluh, inikan dua tiga lapis,” katanya.

Tambah Ahmad Shukri, semua pihak kini hanya boleh mengharapkan program suntikan vaksinasi yang cepat dan pantas supaya dapat mencapai imuniti kelompok.

“Jadi apabila satu pertiga suku rakyat di sesuatu kawasan itu (lengkap vaksinasi), maknanya kita akan dapat melihat kes (jangkitan) menurun, walaupun tidak drastik tetapi akan menurun.

“Paling penting adalah statistik kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) dan kematian menurun walaupun kes meningkat kerana ia (kes) boleh diuruskan sekiranya masih di tahap satu atau dua serta tidak sampai ke tahap empat atau lima,” katanya.

[Sumber: Utusan Malaysia, Free Malaysia Today]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!