5 Cara Jimatkan Bekalan Air Dan Elektrik Di Rumah Anda );

Type to search

Adamedia Lifestyle

5 Cara Jimatkan Bekalan Air Dan Elektrik Di Rumah Anda

Share

‘Rumahku syurgaku’, tapi kalau bil air dan elektrik tinggi melambung terus pening tuan rumah. Bagaimana mahu jimatkan perbelanjaan bil di musim Covid ni? Memandangkan semuanya berada di rumah dan ini menjadikan penggunaannya agak berterusan.

Sewaktu ketiadaan air di Lembah Klang pasti ramai yang tidak selesa dan mengakibatkan kesukaran buat perniagaan dan sektor industri yang memerlukan bekalan air yang stabil.

Oleh sebab itu, ianya penting untuk kita memahami cara meningkatkan kecekapan penggunaan elektrik dan air di kediaman masing-masing, terutamanya ketika musim kemarau dan peak hours bagi penggunaan tenaga elektrik.

1. Gantikan peralatan rumah kepada peralatan pintar eco-friendly

jimat

Penukaran perkakas di dapur ke perkakas pintar boleh membawa banyak manfaat untuk semua. Contoh seperti, peti sejuk yang diperakui Energy-Star dianggap sesuai untuk pemilik rumah kerana ia dapat membantu meningkatkan kecekapan tenaga. Energy-Star adalah sijil yang diberikan kepada peralatan penjimatan tenaga yang membuktikan kecekapan tenaga dengan kurang menggunakan elektrik.

Walau bagaimanapun, ramai yang tertanya-tanya bagaimana anda dapat meningkatkan kecekapan pada peranti yang sentiasa berfungsi – jawapannya ialah peti sejuk yang diperakui Energy-Star biasanya menjimatkan tenaga 9% lebih banyak daripada model lain yang tidak diperakui.

2. Memasang Lampu LED

jimat

Salah satu pilihan terbaik untuk mewujudkan kediaman cekap tenaga dan dalam masa yang sama menjimatkan wang anda adalah dengan ganti kepada lampu LED. Pencahayaan secara ratanya menyumbang 25% daripada kos tenaga rumah dan oleh itu, penggunaan lampu LED dapat meningkatkan penjimatan anda. Lampu LED mungkin lebih mahal dibandingkan lampu biasa tetapi ianya penting untuk penjimatan kos untuk jangka masa panjang.

3. Mengendalikan pam kolam renang dengan cekap 

jimat

Bagi yang sukakan aktiviti berenang dan berendam di dalam kolam renang perlu menekankan tahap kebersihan kolam tersebut. Sebagai pemilik rumah yang mempunyai kolam renang di kawasan rumah atau sedang memikir untuk membina kolam di rumah, wujudnya satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu pilihan peralatan kolam yang cekap tenaga.

Kolam renang di kawasan rumah boleh menyumbang 17% daripada jumlah bil elektrik anda dan ada beberapa komponen kolam yang memang kuat makan tenaga. Oleh sebab itu, penyedia penyelesaian sehenti yang terkemuka untuk persekitaran air yang selamat dan sihat, Waterco Malaysia, yang merupakan satu-satunya syarikat penapisan yang dianugerahkan sijil Climate Care mempunyai rangkaian EnviroPro baru yang unik. Rangkaian baru ini terdiri daripada peralatan kolam berkualiti tinggi yang cekap dan menjimatkan air. 

jimat

4. Cabut plag elektrik apabila tidak digunakan!

Cabut plag elektrik apabila anda tidak perlu menggunakannya dan jadikan tabiat ini satu kebiasaan. Ini kerana plag elektrik yang tidak dicabut boleh makan tenaga. Walaupun elektrik yang dibazirkan mungkin tidaklah sebanyak mana, tetapi sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit! 

jimat

Kos tenaga pasti akan meningkat. Jimatkanlah wang anda dengan tabiat yang mudah ini. Ia juga dapat memastikan keselamatan dengan mencegah lonjakan kuasa di rumah anda terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil di rumah.

5. Penjimatan air di rumah

jimat

Tidak ramai tahu sesetengah penggunaan air dapat digunakan semula. Ya betul, salah satu kaedah yang mudah untuk dipraktikan hari ini adalah dengan menggunakan air bilasan beras untuk menyiram pokok. Selain itu, air bilasan beras dapat juga digunakan pada rambut agar ia bersinar dah kekal sihat.

Memandangkan penggunaan air di bilik mandi sukar untuk dikawal jadi bagi mengelakkan pembaziran, anda boleh memasang shower timer. Alat ini menggunakan teknologi pintar untuk mengukur jumlah air yang digunakan setiap orang dan ia akan berbunyi apabila anda mengambil masa terlalu lama di bilik mandi. Peranti ini boleh dipasang dengan mudah ke paip pancuran.

Dengan menerapkan beberapa perkara di atas dalam kehidupan seharian, anda dapat menjimatkan wang dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sambil memastikan keselamatan iklim.

Buatlah perubahan seperti diatas untuk mengurangkan bil utiliti tanpa menjejaskan keselesaan anda!

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!