5 Filem Penyiasatan yang Akan Buat Korang Lebih Bijak );

Type to search

Adamedia Infotainmen Movie Review

5 Filem Penyiasatan yang Akan Buat Korang Lebih Bijak

Share
filem penyiasatan

Kalau korang jenis yang sukakan selesaikan misteri atau masalah walaupun sedang duduk relax, tengok filem berunsur detektif mungkin pilihan yang tepat.

Team editorial Adamedia telah memilih 5 filem terbaik yang mungkin buat korang jadi lebih bijak dalam menyelesaikan kes atau misteri sambil tengok plot twist yang ada dalam filem.

1. Zodiac - 2007

Cerita kisah benar ini mengisahkan tentang dua detektif yang mencari pembunuh bersiri yang telah menakutkan San Francisco selama 25 tahun. Dengan nama samaran ‘Zodiac‘, pembunuh itu bukan hanya suka membunuh orang, tetapi juga suka bermain sorok-sorok dengan penyiasat.

2. Memento - 2000

Leonard Shelby sedang memburu pembunuh isterinya. Paling plot twist bila dia hilang ingatan selepas kena pukul kat kepala.

Dia hanya ingat apa yang berlaku sebelum pembunuhan itu selama 15 minit. Shelby akhirnya terpaksa menggunakan pelbagai muslihat untuk ingat apa yang berlaku, sambil terus meneruskan siasatannya.

3. Mindhunters - 2004

Di pulau terpencil, tujuh ejen FBI di masa depan mengambil ujian yang mencabar. Dorang kena kumpulkan profil psikologi penjenayah berdasarkan bukti yang sangat terhad.

Plot twits pula tanpa disangka-sangka, ujian itu menjadi permainan yang membawa kepada kematian salah seorang ejen. Filem mind blowing ini dah konfirm buat korang tak cukup nafas.

4. L.A. Confidential - 1997

Bertemakan Los Angeles era 1950-an dan dibintangi oleh Kim Basinger yang awesome dan Russell Crowe yang cantik, LA Confidential adalah filem atmosfera yang terbaik.

Dua pegawai polis tanpa ada rasa takut yang menyiasat kes pembunuhan membongkar rahsia jenayah di bandar Amerika yang legenda itu.

5. Angel Heart - 1987

Filem detektif bertemakan mistik, akan tackle korang dari scene pertama dan buat korang saspen sampai habis.

Campuran tune, melodi saksofon, dan ciri lain dari genre noire menjadi ikutan bagi kes penghilangan penghutang. Protagonis ini ditemui oleh banyak teka-teki mengganggu yang dia dapat menyelesaikan untuk menyelesaikan kes itu.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!