5 Ilmuwan Islam Paling Berpengaruh di Dunia - Verst );

Type to search

Adamedia Infotainmen

5 Ilmuwan Islam Paling Berpengaruh di Dunia

Avatar
Share

Tokoh-tokoh ilmuan Islam ini sangat terkenal sehingga nama mereka dikenali di seluruh dunia.

Al – Farabi
Ilmuwan dan falsafah Islam yang berasal dari Farab, Kazakhstan. Al- Farabi, juga dikenali di dunia barat sebagai Alpharabius.

Al Farabi dianggap sebagai salah satu pemikir terkemuka dari era abad pertengahan.

Al – Batani
Beliau juga dikenali sebagai Albatenius dan merupakan seorang ahli astronomi dan ahli matematik dari Arab.

Salah satu pencapaiannya yang terkenal dalam astronomi adalah tentang penentuan Tahun Matahari sebagai 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat.

Al Battani juga menemukan sejumlah persamaan trigonometri.

Ibnu Sina
Dikenali juga sebagai Avicenna di dunia barat. Ibnu Sina adalah seorang falsafah, ilmuwan, dan juga doktor kelahiran Persia.

Diangkat sebagai ‘Bapa Kedoktoran Moden’ kerana sumbangannya dalam dunia falsafah dan perubatan.

Karyanya yang paling terkenal adalah The Book of Healing dan The Canon of Medicine (Qanun).

Muhammad Bin Musa Al – Khawarizmi
Al – Khawarizmi merupakan seorang ahli matematik, astronomi, astrologi, dan geografi yang berasal dari Persia.

Buku pertamanya, al-Jabar, membincangkan penyelesaian sistematik dari linear dan simbol kuadrat.

Sumbangan beliau tidak hanya memberi kesan kepada matematik, tapi juga dalam linguistik.

Nama Al – Khawarizmi juga digunakan dalam bahasa Sepanyol dan Portugis, Algarismo yang bermaksud digit.

Abu Musa Jabir Bin Hayyan
Juga dikenali sebagai Geber.

Beliau adalah polymath mahir dalam bidang kimia, astronomi, astrologi, falsafah, fizik dan perubatan.

Sumbangan terbesarnya adalah dalam bidang kimia.

Beliau membangunkan teknik eksperimen sistematik dalam penyelidikan kimia, supaya setiap eksperimen dapat diterbitkan semula.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!