5 Jenis Sukan Pelik di Dunia Yang Boleh Anda Ceburi

Type to search

5 Jenis Sukan Pelik di Dunia Yang Boleh Anda Ceburi

Adamedia Lifestyle

5 Jenis Sukan Pelik di Dunia Yang Boleh Anda Ceburi

Share

Sukan permainan seperti bola sepak, badminton, tennis dan golf cukup terkenal di seluruh dunia dan sering dijadikan sebagai hobi tatkala waktu lapang.

Namun tidak semua yang menjadikan sukan sebagai hobi, mungkin mereka kurang minat terhadap aktiviti sukan yang wujud pada hari ini atau mungkin juga sukan yang sedia ada terlalu membosankan.

Hakikatnya, masih banyak lagi sukan yang wujud di dunia ini yang boleh dimainkan dan ada di antaranya yang agak aneh, tetapi sangat menarik untuk diceburi.

Senarai di bawah merupakan antara sukan pelik yang penulis sarankan untuk anda yang kurang meminati aktiviti bersukan.

 

Headis

dunia

Sukan ini hampir sama dengan permainan ping-pong tetapi ianya tidak menggunakan sebarang raket ataupun bat. Pemain hanya perlu menggunakan kepala untuk menanduk bola ke arah lawan, sama seperti permainan ping-pong.

Dimainkan di atas meja ping-pong, bola getah seberat 100grams dan sebesar 20 inci itu perlu ditanduk sehingga ianya dimatikan.

Walaupun tidak diketahui ramai, sukan ini cukup terkenal di persada antarabangsa terutamanya di negara Jerman dan turut dianjurkan ke peringkat Piala Dunia dan Piala Eropah.

 

Jombola

dunia

Jombola merupakan permainan yang direka sendiri oleh rakyat Malaysia, Sukdev Singh sekitar tahun 2013.

Mempunyai minat mendalam terhadap sukan tennis, telah membantu beliau mencipta sukan jombola yang kini banyak dimainkan di peringkat sekolah.

Menurut beliau, idea asal sukan ini tercetus apabila melihat gelanggang badminton yang sering terbiar kerana kos bulu tangkis yang tinggi. Untuk itu, Sukdev mencipta sejenis bola getah yang lebih mesra poket dan dinamakan Jombola.

Rasa-rasanya kalau Datuk Lee Chong Wei main sukan ni boleh sama hebat tak seperti sekarang?

 

Calcio Fiorentino

dunia

Ragbi dan tinju sering dikatakan antara sukan terganas di dunia kan? Tapi tahukah anda bahawa sukan yang diberi nama Calcio Fiorentino ini, sebenarnya jauh lebih ganas daripada dua sukan di atas.

Darah, lebam dan patah riuk cukup sinonim dengan sukan ini.

Merupakan sejarah awal kepada penubuhan sukan bola sepak pada abad ke-16 Itali, sehingga ke hari ini ianya masih lagi dimainkan.

Perlawanan yang dimainkan selama 50 minit ini diwakili oleh 27 orang pemain bagi setiap pasukan dan pemain dibenarkan untuk melakukan apa sahaja bagi menghalang atau merampas bola dari pihak lawan.

Sekali lagi penulis ulang, apa sahaja… Sebarang pertukaran pemain adalah tidak dibenarkan sama sekali dan sesiapa yang tumbang di medan perlawanan dikira tewas.

Anda berbadan sado? Kaki buli? Cuba la main sukan ini… pasti cerah masa depan anda!

 

World Chase Tag

Siapa sangka permainan kejar-mengejar yang sering kita main sewaktu kecil, kini sudah mula diiktiraf di peringkat antarabangsa?

Diinspirasikan daripada permainan tradisional indie di Asia, kini semakin dikenali di peringkat global sejak mula bertapak di peringkat professional pada tahun 2017.

Masih mengekalkan cara permainan yang sama iaitu aksi kejar mengejar antara dua pemain, tempoh masa yang diperuntukkan cuma hanya 20 hingga 40 saat bagi pemain yang keluar masuk pada setiap pusingan.

Rata-rata peserta difahamkan mempunyai asas dalam sukan Parkour untuk membolehkan mereka melompat dan menyelinap pada setiap halangan yang ada.

Sayangnya di Malaysia, sukan ini masih dimainkan oleh kanak-kanak di peringkat sekolah dan kurang pendedahan pada peringkat yang lebih tinggi.

 

Unicycle Hockey

Satu lagi sukan pelik yang tidak diketahui umum adalah Unicycle Hockey. Secara ringkasnya, ianya merupakan sukan hoki yang dipadankan dengan basikal roda satu.

Nak main dengan basikal roda dua pun dah susah, apatah lagi dengan roda satu!

Itulah keunikan yang dibawakan oleh sukan ini… Cukup terkenal di negara Canada dan Australia menjadikan sukan ini sebagai sukan tahunan di negara mereka.

Jadi macam mana? Ada yang berminat tak nak ceburi sukan-sukan di atas? Kalau penulis, lebih berminat pada World Chase Tag. Bukan apa, dulu zaman kanak-kanak penulis handal main permainan ni… mana tahu boleh wakil Malaysia kan?

 

Sumber: tulahan

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!