5 Keistimewaan Mengenai Perayaan Deepawali );

Type to search

Adamedia Infotainmen

5 Keistimewaan Mengenai Diwali

Share

Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali atau Divali merupakan hari perayaan yang disambut oleh penganut Hindu. Perayaan ini disambunt pada hari ke-14 bulan Aipasi mengikut kalendar Tamil antara bulan Oktober dan November.

Pada perayaan ini juga mereka bersungguh-sungguh menghias rumah untuk menyambut tetamu yang akan hadir. Mereka akan nyalakan pelita dan mercun dibakar. Ketahui lima keistimewaan perayaan Deepavali ini.

Rangoli Menghiasi Ruang Lantai

Kalau anda bertandang ke rumah rakan yang menyambut Deepavali, pasti ternampak rangoli atau ‘kolam’ menghiasi lantai depan pintu rumah mereka. Rangoli diperbuat dari beras yang telah diwarnakan dan dihias sebelum matahari terbit sebagai tanda selamat dan rahmat kepada isi rumah.
Hiasan rangoli kebanyakkan bermotifkan tumbuhan yang membawa maksud tersendiri. Rangoli dihias melambangkan penyembahan Dewa Laskhmi, Dewa Kekayaan yang akan mengunjungi rumah mereka.

Simbol Kejayaan

Pelita adalah salah satu simbol kedatangann perayaan Deepavali kerana ia bermaksud Pesta Cahaya. Tapi tahukah mengapa pelita menjadi simbol perayaan ini? Pada ketika dahulu menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan jahat telah dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum kematiannya, Raja Narakasura sendiri meminta manusia meraikan kejayaan itu dengan api. Sebab itu, pelita dinyalakan di rumah penganut Hindu untuk memperingati kisah sejarah silam.

Mandi Minyak Bijan

Penganut Hindu akan bangun lebih kurang jam tiga pagi atau sebelum matahari terbit untuk upacara mandi minyak bijan. Ini bertujuan untuk menyucikan diri dan memberi semangat. Minyak bijan diibaratkan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada kejahatan dan sifat yang tidak baik. Selepas mandi minyak bijan, mereka bersiap cantik untuk menyambut hari Deepavali.

Manisan

Selain makanan tradisional seperti tosei dan chapati, manisan adalah salah satu makanan yang dihidangkan pada hari perayaan mereka. Biasanya, manisan menjadi pembuka acara sebelum majlis atau hari perayaan dijalankan. Penganut Hindu percaya makan manisan sebelum memulakan majlis akan membawa kegembiraan, keserokkan dan nilai positif yang berpanjangan

Kunjung-Mengunjungi

Sama seperti perayaan kaum dan agama yang lain. Mereka juga mengamalkan ziarah-menziarahi saudara dan kenalan untuk merapatkan semula silaturahim. Ada juga yang mengadakan rumah terbuka untuk memeriahkan lagi suasana hari perayaan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!