5 Makanan Tin Paling Pelik Dan Eksotik - Verst Adamedia );

Type to search

5 Makanan Tin Paling Pelik Dan Eksotik

Adamedia Isu Best

5 Makanan Tin Paling Pelik Dan Eksotik

Avatar
Share

Cakap sahaja mengenai makanan dalam tin, pasti anda akan membayangkan ikan tuna atau sardin dan lauk-lauk yang sudah dimasak. Selalunya makanan dalam tin disimpan dalam tempoh masa yang lama dan mudah di bawa ke mana sahaja.

Tetapi tahukah anda, wujud makanan dalam tin yang sangat pelik dan menjijikkan. Jika di lihat daripada dalam gambar sahaja sudah cukup membuatkan anda berasa mual.

Di sini kami ingin berkongsi 5 makanan dalam tin yang sangat pelik dan eksotik di seluruh dunia.

1. Cacing Buluh

Cacing Buluh adalah larva rama-rama yang memakan pokok buluh yang berbunga. Sebagai makanan tradisional Asia Tenggara, Cacing Buluh secara tradisional dituai di tetapi kini ditanam di kebun buluh.

Setelah dituai, mereka dibersihkan, dimasak dan dibasahkan sedikit dengan garam berpengalaman sebelum dikeringkan untuk mengekalkan kesegarannya

2. Ikan Herring Rusia

Di Rusia anda tidak akan makan ikan dalam tin, ikan dalam tin ini yang akan memakan anda !. Rupa ikan ini sangat menyeramkan dan menyerupai ikan pirana atau kepala ular. Sebenarnya dalam tin ini mengandungi ikan Herring Pasifik dari Rusia.

3. Burger Keju

Burger Keju di dalam tin ? Bunyinya memang pelik tapi itulah realitinya. Burger Keju merupakan makanan yang sangat mudah untuk dapat di tepi jalan dan sedap dimakan panas. Idea burger keju dalam tin ini direka oleh Katadyn Group. Sebuah syarikat dari Switzerland. Sanggupkah anda makan ?

4. Sambal Cili Serangga

Kepada pengemar sambal di luar sana, anda mungkin mahu mencuba suatu kelainan. Sambal Cili Seranggan yang berasal dari Thailand ini mempunya rasa yang unik yang boleh menambah selera makan anda. Dengan kepedasan cili yang sempurna pasti membuat anda ingin tambah lagi !

5. Ayam

Yang pasti di dalam tin ini bukanlah ayam yang sudah dimasak dan dipotong kecil-kecil. Sebaliknya seekor ayam diletakkan ke dalam tin . Seekor ayam dimampatkan dan diletakkan ke dalam tin bersaiz 50 auns (lebih kurang 1.5L). Rasanya tidak sangup hendak membeli apatah lagi memakan ayam sebegitu rupa.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!