Ini Antara 5 'Memes' Popular Yang Bernilai Jutaan Ringgit! );

Type to search

Adamedia Isu Best

Ini Antara 5 ‘Memes’ Popular Yang Bernilai Jutaan Ringgit!

Share

Siapa sangka, hanya dengan sekeping foto yang dijadikan ‘meme’ dan berlatar belakangkan jenaka mampu memberi kesenangan pada empunya badan.

Kebelakangan ini, istilah non-fungible token (NFT) telah berlegar di ruangan internet. Istilah ini digunakan untuk menggambarkan seni digital yang sedang berkembang.

Kepemilikan karya atau ownership disahkan melalui teknologi blockchain (sistem penyimpanan data digital yang terdiri daripada banyak servers).

Kini, NFT dapat digunakan sebagai ‘ladang emas’ oleh pemilik asal dengan melelongnya di platform dalam talian.

Antara semua NFT yang berjaya dijual dengan nilai tinggi, terdapat juga ‘meme’ yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini. Berikut adalah 5 daripadanya.

1. Disaster Girl – RM2.05 Juta 

meme

Zoë Roth, bintang meme “Disaster Girl”, merupakan gadis senior kolej berusia 21 tahun yang baru sahaja menjual gambar viral dirinya sebagai NFT (token digital tidak boleh ditiru atau ditukar ganti) pada harga AS$500,000 bersamaan RM2.05 juta

Meme itu memaparkan Zoe yang berumur 4 tahun sedang memandang ke arah lensa kamera dengan berlatarbelakangkan sebuah rumah yang terbakar. Foto itu dirakam oleh bapanya pada tahun 2005.

Menurut The Vulture, dengan melelong meme tersebut, Zoe mampu melunaskan pinjaman pengajiannya dan selebihnya disumbang kepada badan amal.

2. Bad Luck Brian – RM147 ribu

Masih ingat ‘Bad Luck Brian’? Meme yang popular dari awal tahun 2010 menunjukkan foto buku tahunan Kyle Craven tersenyum dengan pendakapnya.

Gambar itu menjadi viral secara besar-besaran setelah pertama kali disiarkan di internet pada awal tahun 2012 oleh rakan baiknya, Ian Davies.

Hampir sembilan tahun sejak foto itu pertama kali disiarkan dalam talian, Kyle dan Ian telah mengeluarkan gambar Bad Luck Brian yang asli sebagai token NFT, dan ia dijual pada harga AS$36,000 (RM147 ribu)

3. Overly Attached Girlfriend – RM1.69 Juta

meme

Laina Morris, gadis meme ‘Overly Attached Girlfriend’ yang menjadi viral pada tahun 2012, baru saja menjual fotonya dengan harga AS$411 ribu, sekitar RM1.69 Juta.

Meme tersebut memaparkan wajah Morris menatap ke kamera, memparodikan video musik ‘Boyfriend’ Justin Bieber.
Yang menariknya ialah ekspresi wajah Laina yang kelihatan lucu, namun mengerikan juga.

Kini, video parodi ini telah ditonton lebih daripada 21 juta kali.

4. Nyan Cat – RM2.42 Juta

meme

Digital meme Nyan Cat yang unik dari tahun 2011 dijual dengan harga sekitar AS$590,000 (RM2.42 Juta) dalam lelongan talian.

Meme ini adalah karya Chris Torres, yang dimuatnaik di YouTube pada tahun 2011. Untuk meraikan dekad pembebasan Nyan Cat, Chris membuat dalam versi remastered. Versi inilah yang dilelong secara dalam talian.

5. Success Kid – RM410 ribu

meme

NFT yang muncul pada tahun 2007 dijual oleh Laney Griner, ibu dari anak dalam foto yang bernama Sammy. Tiga tahun kemudian, foto itu berubah menjadi meme ‘Success Kid’, dengan gambarnya digunakan untuk melambangkan kemenangan besar dan kecil dalam hidup.

Tapi sayang, berkenaan nilai hasil lelongan meme tersebut tidak dilaporkan. Walaupun begitu, pada tahun 2015, Laney menggunakan populariti meme untuk berkempen di GoFundMe untuk mengumpulkan derma untuk suaminya dan ayah Sammy, yang harus menjalani pembedahan buah pinggang.

Melalui kempen ini sebanyak lebih dari AS$100 (RM410 ribu) dana telah dikumpulkan.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!