5 Mitos Penjagaan Gigi Yang Perlu Anda Tahu! );

Type to search

Adamedia Lifestyle

5 Mitos Penjagaan Gigi Yang Perlu Anda Tahu!

Share
mitos

Penjagaan gigi antara satu perkara yang wajar dilakukan oleh semua orang tetapi tidak disangkal bahawa terdapat juga beberapa mitos mengenai penjagaan gigi yang berlegar dalam kalangan masyarakat.

Jadi di sini admin akan memberitahu lima jenis mitos yang sering kita dengar dan percaya tetang kebaikan atau pun keburukan penjagaan gigi.

1. Gigi Yang Putih Tandanya Sihat

Ramai yang sudah salah faham mengenai tanda gigi yang putih dengan gigi yang sihat. Sebenarnya ia membawa maksud yang berlainan dan dari segi kesihatannya juga berbeza.

Mitos

Ini kerana gigi manusia boleh berubah warna mengikut perdearan usia seseorang itu. Gigi putih mungkin disebabkan ia terlalu memakai serbuk pemutih gigi atau apa jua bahan yang menghakis lapisan gigi.

Kalau nak tahu gigi yang sihat, anda boleh pergi ke klinik pergigian yang terdekat dan dapatkan pemeriksaan yang lebih jitu.

2. Flossing Gigi Tidak Penting

Selepas kita memberus gigi, kita perlulah melakukan flosing bagi membersihkan lagi lebihan kotoran yang berada dicelah-celah gigi. Perkara ini mungkin ramai yang tidak atau menganggapnya sebagai perkara yang tidak penting.

Kita tidak tahu adakah gigi kita ini sebenarnya sudah bersih 100% atau masih lagi terdapat kotoran yang tidak kita duga.

3. Jangan Memberus Gigi Jika Gusi Berdarah

Admin mengaku ianya beberapa kali berlaku pada diri admin sendiri di mana ketika sedang memberus gigi, gusi berdarah dan terus berhenti.

Sebenarnyakan kita perlu terus memberus gigi, sebabnya gusi kita tidak sihat dan dengan memberus gigi ia boleh membantu membuang plak yang menyebabkan keradangan atau bakteria yang menyebabkan gusi kita sakit.

4. Berus Gigi Dengan Kuat Lebih Baik

Sebenarnya tindakan ini boleh menyebabkan gigi dan gusi kita terluka dan sakit serta terhakis. Jika gusi kita terhakis, nantinya gigi dan gusi kita kan sensitif lalu menyebabkan kita sukar untuk memasukkan makanan atau minuman sejuk ke dalam mulut.

Pilih berus gigi yang sesuai dengan keadaan gigi kita. Anda boleh dapatkan nasihat doktor gigi dan mereka akan mencadangkan berus gigi yang sesuai.

5. Gula Faktor Utama Gigi Rosak

Tidak dinafikan gula yang banyak dalam mulut boleh merosakkan gigi tetapi ia bukanlah faktor utama penyebab gigi rosak. Bakteria yang terdapat dalam gigi sebenarnya memerlukan kandungan gula untuk bertahan.

Apa yang menyebabkan gigi anda rosak ialah disebabkan penjagaan gigi yang kurang serta salah dan kandungan gula yang agak tinggi.

Kita perlulah lebih peka mengenai penjagaan gigi yang lebih baik serta dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor gigi yang berdekatan. Abaikan mitos yang sering kita dengar dan cuba betulkan yang silap.

[Sumber: helloDoktor]

Baca juga: Akhirnya Pendaftaran Bagi Countdown to E1 Championship Musim 1 Telah Dibuka!

Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!