Ini 5 Punca Kenapa Rumah Sentiasa Rasa Bahang Walaupun Ada Pendingin Hawa );

Type to search

Adamedia Lifestyle

Ini 5 Punca Kenapa Rumah Sentiasa Rasa Bahang Walaupun Ada Pendingin Hawa

Share
rumah

Malaysia kini mengalami musim Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering sehingga pertengahan September meskipun tiada gelombang haba berlaku setakat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberitahu stesen meteorologinya tidak merekodkan suhu lebih 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, justeru pihaknya tidak menjangkakan suhu akan melebihi 40 darjah Celsius.

BACA: 5 Tip ‘Sejukkan’ Kucing Anda, Elak Terkena Strok Haba

Bagaimanapun, rumah tetap terasa bahang malah penggunaan pendingin hawa adakalanya tidak mampu menangani masalah ini.

Sebenarnya ada beberapa punca yang menyebabkan suhu di dalam rumah semakin panas, termasuklah;

1. Langsir dan tingkap dibuka waktu siang

Paparan sinaran matahari di dalam rumah boleh membuatkan kediaman menjadi panas. Dinding rumah sepatutnya menjadi penghalang di antara suhu luar dan dalam kediaman.

Tindakan menutup tingkap dan langsir pada waktu siang dapat mengelak udara panas dari luar masuk ke dalam rumah sekali gus menjaga suhu agar tidak terasa bahang.

2. Langsir dan tingkap ditutup waktu malam

Biasanya suhu akan turun pada waktu malam namun tidur dengan tingkap dan pintu tertutup boleh menyebabkan udara panas terperangkap dalam ruang.

Jadi sekurang-kurangnya jangan tutup pintu bilik ketika tidur agar pengaliran udara dapat berlaku.

3. Jenis cadar dan selimut

Ketika musim panas, pilih jenis cadar dan selimut yang lebih ringan serta daripada fabrik lembut berbanding poliester atau flanel yang mudah memerangkap haba.

4. Peralatan elektronik

Peralatan elektronik seperti oven dan peti sejuk memancarkan haba tetapi ia tidak terus terperangkap di dalamnya.

Jika tinggal di rumah bersaiz kecil, memanggang ayam atau membakar biskut menggunakan oven dapat memberi kesan kepada keseluruhan ruang rumah.

5. Putaran kipas

Percaya atau tidak, arah putaran kipas siling dapat mempengaruhi suhu dalam rumah. Bilah kipas yang berputar arah melawan jam mengeluarkan angin dingin.

Sebaliknya bilah yang berputar mengikut arah jam akan menghasilkan aliran udara ke atas, memaksa udara panas turun ke ruang bawah.

Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!