5 Sebab Tak Masuk Akal Kenapa Ada Ibu Bapa Sanggup Bunuh Anak Sendiri );

Type to search

Adamedia Infotainmen

5 Sebab Tak Masuk Akal Kenapa Ada Ibu Bapa Sanggup Bunuh Anak Sendiri

Share

Tempoh hari kita dikejutkan dengan berita kanak-kanak maut kerana lemas di dalam tong biru dan polis mensyaki ibu serta bapa tirinya sendiri yang melakukan kekejaman tersebut kepada anak yang malang itu.

Mengapa ada ibu bapa sanggup membunuh anak sendiri? Tiada kasih sayang kah terhadap anak mereka?

Persoalan sebegini semestinya bermain di fikiran dan jangan terkejut, ada kajian menyatakan terdapat 500 kes kanak-kanak maut kerana ibu bapa sendiri.

28% melibatkan pembunuhan bayi yang berusia 1 tahun kebawah manakala lagi 78% adalah kanak-kanak yang berusia bawah 6 tahun.

Kebanyakan kes pembunuhan anak sendiri, 60% adalah bapa sebagai si pelaku, manakala 40% lagi adalah si ibu. Mengapa ia boleh berlaku?

Ahli forensik dan pakar psikatri dedahkan 5 sebab tak masuk akal kenapa ada ibu bapa yang sanggup bunuh anak sendiri.

5. Ada tanam dendam dengan pasangan


Perbuatan membunuh anak sendiri saja sudah menjadi kelakuan yang kejam tetapi jika perbuatan tersebut disebabkan dendam dengan pasangan adalah lebih kejam dan tidak perikemanusiaan.

Menurut kajian, kebanyakan ibu bapa membunuh anak mereka sendiri adalah alasan untuk ‘menghukum’ pasangan mereka sendiri.

Sebab penderaan yang terjadi terhadap kanak-kanak sangat tak masuk akal kerana hanya untuk ‘menyakiti’ pasangan dengan hanya membunuh anak sendiri.

4. Terbunuh secara tak sengaja


Kecuaian ibu bapa juga menjadi salah satu sebab mengapa anak boleh terbunuh secara tidak sengaja.

Kaum wanita selalu menjadi perhatian media jika memang didapati bersalah kerana ramai orang sangat marah jika seorang ibu sanggup membunuh.

Namun, kaum lelaki lebih ramai yang tidak sengaja membunuh anak sendiri dan biasanya terjadi disebabkan kes penderaan. Penderaan berterusan juga boleh jadikan kanak-kanak maut kerana kecederaan pada kepala dan urat saraf.

3. Tidak mahukan anak


Bagi keluarga yang mempunyai masalah sosial, masalah kewangan, dan takut dihina oleh masyarakat juga salah satu sebab mengapa ada ibu bapa sanggup membunuh anak sendiri.

Tindakan tersebut dibuat kerana ada yang menganggap anak adalah ‘beban’ dan dengan membunuhnya, dapat menyelesaikan masalah mereka.

2. Ada masalah gangguan mental


Sesetengah kes bunuh anak sendiri ada kaitannya juga dengan masalah gangguan mental seperti psikosis akut kerana sukar untuk bezakan realiti atau fantasi.

Ada ibu bapa percaya bahawa anak mereka bukan ‘realiti’ dan perlu ‘selamatkannya’ untuk keluar dari ‘realiti’ tersebut.

1. Anggap anak akan dapat hidup lebih ‘baik’


Bagi sesetengah ibu bapa, ada yang menganggap membunuh anak mereka dapat membuatkan anak tersebut dapat jalani hidup yang lebih baik.

Selalunya kes sebegini berlaku apabila anak tersebut menhidap penyakit kronik dan tiada jalan keluar untuk sembh seperti sediakala.

Disebabkan ibu bapa tidak mahu lagi melihat anak mereka menderita, jadi mereka fikirkan lebih baik mati dengan lebih cepat.

Bagaimana nak elak perkara sebegini berulang lagi?

Jika anda ingin menjadi masyarakat yang perhatian, ambil tahu dengan keadaan sekeliling jika kawasan perumahan atau jiran sebelah mempunyai anak kecil.

Jika terdengar tangisan berulang kali,perhatikan jika anak tersebut ada tanda-tanda penderaan fizikal, emosi atau mental dan laporkan kepada pihak lebih berkuasa untuk menyiasatnya.

Perasaan ingin tahu yang tinggi dalam diri kita mungkin akan menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa walaupun tidak dapat meneka niat sebenar ibu bapa yang ingin cederakan anak mereka sendiri.


Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!