5 Telefon Pintar Dengan Ciri Inovasi Yang Gagal Di Pasaran

Type to search

Adamedia Infotainmen

5 Telefon Pintar Dengan Ciri Inovasi Yang Gagal Di Pasaran

Share
telefon

Telefon pintar merupakan gajet yang penting dan wajib dimiliki oleh masyarakat hari ini. Ia boleh diibaratkan seperti ‘cendawan yang tumbuh selepas hujan’ apabila setiap bulan pasti ada sahaja model keluaran terbaru daripada pelbagai jenama.

Namun tahukah anda bahawa tidak semua jenis telefon pintar yang terjual laku di pasaran? Ada di antaranya yang kurang mendapat tempat dihati pengguna dek kerana ciri inovasi yang terlampau try hard. Berikut antara inovasi telefon pintar yang kurang laku dan dikatakan gagal capai sasaran penggunanya.

telefon

Samsung Galaxy Beam

Telefon keluaran Samsung ini didatangi dengan rekaan khas yang mempunyai projector bagi membolehkan orang ramai membuat pembentangan. Akan tetapi, faktor pencahayaan yang agak malap serta saiznya yang tebal membuatkannya hilang dari radar pasaran selang beberapa bulan selepas ianya dilancarkan.

telefon

LG G- Flex

Bagi memberikan pengalaman pandangan yang luas dan menyeluruh, telefon ini hadir dengan skrin yang melengkung dan besar. Teknologi seperti ini biasanya hanya terdapat di skrin paparan komputer dan televisyen bagi membolehkan pengguna menonton filem dan sebagainya.

Namun jika difikirkan semula, siapa sahaja yang ingin menonton filem atau drama di telefon pintar? Bahkan reka bentuknya yang melengkung menjadikannya sukar disimpan di dalam poket seluar malah jika diletak di atas permukaan rata sekalipun, ianya mudah terjatuh.

LG Optimus 3D

Menonton filem 3D sememangnya seronok, tetapi jika kita melihat paparan 3D tanpa cermin matanya apa akan jadi? Ini la kesilapan yang terjadi pada model keluaran LG ini apabila menggunakan teknologi 3D pada skrin telefon.

Melihatnya tanpa menggunakan cermin mata 3D membuatkan pengguna berasa pening dan lebih teruk lagi, boleh muntah. Sanggupkah anda merosakkan mata anda semata-mata hanya ingin melihat paparan 3D di telefon pintar?

Samsung Smart Stay

Ciri ini bertujuan menjimatkan bateri apabila skrin telefon akan terpadam secara automatik sekiranya kita tidak melihat paparan skrin. Ciri ini yang terdapat di Samsung Galaxy S4 ternyata hanya la gimik semata-mata kerana ianya sama sekali tidak diperlukan pada telefon pintar. Malahan, fungsinya tersangatlah perlahan dan sama sekali tidak menjamin kapasiti bateri yang besar.

Kyocera Echo

Model keluaran Jepun ini mempunyai dua skrin yang boleh digunakan dan ianya boleh dilipat seperti sebuah buku. Pengguna boleh melakukan dua kerja dalam satu masa yang sama dan telefon pintar ini pada awalnya mendapat tempat di hati pengguna.

Namun kejayaan itu tidak bertahan lama apabila kapasiti baterinya yang kecil iaitu 1370 mAH dilihat sebagai masalah utama yang menjadikannya antara telefon pintar yang gagal di pasaran Malaysia.  

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!