5 Tips Mencegah Dari Berlakunya Kebakaran Di Dalam Rumah Verst Adamedia );

Type to search

5 Tips Mencegah Dari Berlakunya Kebakaran Di Dalam Rumah

Adamedia Infotainmen Lifestyle

5 Tips Mencegah Dari Berlakunya Kebakaran Di Dalam Rumah

Share

Kebakaran merupakan satu bencana yang pasti tidak diingini oleh semua orang. bayangkan kita terpaksa kehilangan harta, nyawa dan macam-macam lagi. Terdapat banyak punca kebakaran dan sebab itu kita perlu menjaga keselamatan diri dan tempat tinggal kita sendiri.

Mari ikuti tips untuk kita sentiasa berjaga-jaga dan mencegah dari berlakunya sebarang kebakaran di rumah kita kerana itulah tempat kita berteduh.

1. Simpan Alat Yang Mudah Terbakar

Letakkan dan simpan segala bahan atau barangan dan alat yang mempu menyalakan api dalam skali besar atau kecil. Jauhinya dari kanak-kanak atau orang dewasa sekalipun dan simpan di dalam bekas dan tempat yang selamat. Bahan tersebut amat merbahaya dan perlu digunakan dengan rapi.

Mancis, Korek Api, Kakek Nenek, Unik

2. Hindari Soket Tambahan

Sebolehnya janganlah gunakan soket tambahan kerana ia adalah antara punca utama berlakunya kebakaran rumah kerana soket tambahan tidak dapat menampung arus elektrik yang agak tinggi dan ia akan mudah cair dan berlakunya lintar pintas.

3. Gunakan Peralatan Elektrik Berlogo Sirim

Ini sangat penting kerana peralatan elektrik yang tiruan dan tiada logo sirim amat bahaya untuk digunakan kerana tiada pemeriksaan dilakukan. Logo sirim dapat memberi anda jaminan yang selamat dari sebarang bencana dan bahaya.

4. Alat Pengesan Asap Di Rumah

Laburlah sedikit untuk keselamatan anda dengan memasang alat pengesan asap di rumah. Banyak kematian tidak dapat dielakkan kerana tidak sedar akan asap menebal dan api semakin membara. Karbon monoksida yang dihasilan api merupakan gas yang beracun dan membuat anda tidak sedar jika tiada sebarang amaran.

Asap, Detektor, Api, Alarm, Pembakaran

5. Alatan Pemadam Api

Sediakan alatan pemadam api yang sesuai untuk kegunaan anda sekeluarga. Setidaknya ia dapat membantu anda untuk lari keluar ke tempat yang selamat sekiranya anda menggunakannya sementara menunggu bomba datang dan padamkan api yang marak.

Pemadam, Pemadam Kebakaran, Api Penekan

Ingat ini adalah tips yang anda boleh gunakan untuk mencegah dan menyelamatkan diri dari berlakunya sebarang kebakaran di rumah anda.

Sumber: ZurithSafety, RupaRupa

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!