5 Tips Pindah Rumah Dengan Mudah Tanpa Kusut & Serabut - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Lifestyle Pilihan Adamedia Pilihan Editor

5 Tips Pindah Rumah Dengan Mudah Tanpa Kusut & Serabut

Share

Miliki kediaman sendiri atau pejabat baru dengan persekitaran yang lestari dan ringkas semestinya menjadi impian setiap individu.  

Rumah yang selesa atau workstation yang kemas dan praktikal membantu emosi seseorang untuk kekal bersemangat serta confident.

Simple is the best tapi bergantung juga dengan citarasa seseorang untuk menghiasi rumah mahupun ruang kerja.

Jadi, sebut sahaja mengenai perkara pindah rumah, pasti timbul persoalan dari segi penyelarasan, penyediaan, logistik dan sebagainya.

Fikiran jadi celaru, badan mula mengeluh memikirkan tentang proses-proses yang bakal dilalui.

Itu belum sentuh soal boleh dipercayai atau tidak servis ditawarkan kerana anda tidak melihat jenis lori, harga, muatan dan lain-lain.

Jadi, penulis ingin kongsikan beberapa tips asas tapi cukup terperinci bagaimana untuk mulakan langkah-langkah berpindah ke lokasi baru.

1 – Pilih Barang – Keperluan, Hiasan atau Kenangan

Semakin kurang barang-barang yang tidak penting, semakin mudah untuk anda susun letak dan dekorasi di rumah baru.

Elakkan diri daripada mempunyai tabiat suka simpan barang atau digelar hoarding disorder. Seseorang yang memiliki sikap sayang nak buang, barang ini elok lagi, boleh disimpan dan sebagainya.

End of the day, barang itu terus mengumpul habuk dan dibiarkan dalam stor sahaja.

2 – Elakkan Bawa Barangan Lama / Telah Rosak

Daripada terus simpan barang yang tidak digunakan, rosak atau tidak lagi berfungsi dengan baik, seeloknya anda jual sebagai pre-loved item atau didermakan kepada mereka yang memerlukan.

Ruang muatan yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya agar tiada penambahan trip untuk pindah barangan yang rosak serta ‘uzur’.

Ini juga dapat membantu menjimatkan kos tambahan yang tidak diperlukan.

3 – Lakukan Semakan ‘Checklist’

Lakukan pemindahan lebih teratur dengan semakan senarai barangan. Pastikan tidak ada barang yang terlepas pandang atau tertinggal.

Checklist boleh bantu untuk point satu serta mempercepatkan proses berpindah.

Pemindahan yang teratur akan bantu menjimatkan masa, kos serta mengurangkan risiko cedera mahupun kerosakkan pada barang.

4 – Penyediaan Kotak & ‘Tagging’

Proses ini sedikit leceh namun usai urusan berpindah ke lokasi baru, segalanya lebih mudah untuk dipunggah dengan teratur.

Anda tidak perlu stress mana satu barang kepunyaan rumah, peribadi atau sebaliknya.

Penyediaan ini turut bantu pekerja memindahkan atau memunggah setiap barang yang dilabel secara berhemat ke tempat yang sepatutnya.

MyLorry - pindah rumah di Sepang

5 – Pemilihan Servis Logistik & Pemindahan

Proses pindah rumah boleh menjadi sukar dan beban kepada anda, nak pula baru kali pertama berpindah.

Kebiasaanya, ramai terlepas pandang mengenai perkara ini. Ada yang tangkap muat memilih servis mahupun lori secara semberono tanpa mengambil kira pelbagai faktor.

Terdapat sesetengah penghantaran tidak termasuk servis ‘man power‘ untuk pemindahan, pembungkusan, pemunggahan atau terdapat hidden charge tanpa hitam putih (sebut harga).

Khidmat manpower MyLorry disediakan

Nak Pindah, Kepala Berserabut

Jadi, berlaku ketidakpuasan semasa sesi pemindahan sehingga berlakunya kerja-kerja angkut barang dan perabot dalam persekitaran kerja yang tidak menyeronokkan.

Akhirnya anda terpaksa angkat barang tanpa bantuan, bungkus barang tak kemas dan terpaksa susun muatan sendiri.

Rata-rata penguna agak sangsi untuk mempercayai promosi atau iklan sewa lori dari mulut ke mulut.

Banyak perkongsian di medial sosial mengenai sikap ‘segelintir’ pengusaha lori yang mengenakan caj tersembunyi dan mengambil kesempatan.

Disebabkan itu, ramai pelanggan yang ingin berpindah menggunakan carian internet untuk servis sewa lori yang dipercayai dan mempunyai ulasan (review).

MyLorry sedia bantu anda

Jadi, dengan wujudnya MyLorry.com.my yang beroperasi secara 24 jam, MyLorry sedia melakukan kerja pemindahan pada bila-bila masa tanpa mengira dimana sahaja anda berada (Semenanjung).

1 – Khidmat ‘Manpower’ Disediakan

MyLorry menyediakan pekerja untuk membantu proses pindahan barang pada caj tambahan yang cukup minima – bantu urusan pembungkusan dan mengangkat barang.

Pekerja MyLorry cukup ramah dan cuba sedaya upaya menyelaraskan segala keperluan pemindahan dengan teliti.

MyLorry
MyLorry manpower

2 – Memiliki 4 Jenis Kenderaan yang Bersesuaian

Jika anda perlukan kepastian untuk servis lori dengan muatan bersesuaian, MyLorry akan bantu mengikut pengalaman dan khidmat konsultasi.

Lori 5 tanSesuai untuk kebanyakan rumah teres & lebih besar. 4 pekerja untuk sesi pemindahan barangan & perabot. Dapat menjimatkan sesi pemindahan tanpa mengeluarkan kos berkali-kali apabila muatan lori tidak mencukupi.

Lori 3 tanSesuai untuk barangan yang sederhana besar atau anggaran rumah apartment perabot penuh. 2 pekerja untuk bantu angkat barang. Pasangan yang baru berkahwin sesuai untuk pakej lori 3 tan ini.

Lori 1 tanSesuai untuk kapasti & barangan yang kecil. Anda tidak perlu pening kepala, sewa lori 1 tan dengan pekerja untuk logistik anda.

Pacuan 4 Roda (4×4) – Servis kenderaan 4×4 MyLorry sentiasa mendapat sambutan yang baik bagi anda yang ingin menghantar apa sahaja barangan seperti motosikal, peti sejuk, perabot, meja, rak buku atau sebagainya.

3 – Guarantee – Jaminan Barang Tanpa Rosak

Dengan pengalaman serta kepakaran pindah barang, MyLorry menawarkan jaminan barang tanpa kerosakkan dengan servis professional serta harga mampu milik.

Khidmat pembungkusan (wrapping) juga disediakan MyLorry pada kadar minima.

MyLorry
MyLorry

4 – Proses Mudah & Barang Selamat

Segalanya dihujung jari anda. Tidak lagi memerlukan anda mengisi borang dan membuang masa kerana MyLorry menawarkan tempahan online dengan 4 langkah mudah.

  • Buat tempahan tanpa bayaran. Sekiranya bersetuju, MyLorry akan aturkan proses seterusnya.
  • Bungkus & hantar. MyLorry akan bungkus barangan anda dengan cermat & sedia dihantar ke lokasi ditetapkan.
  • Terima barang dengan puas hati. MyLorry akan memastikan proses pindahan dan penghantaran dengan teliti agar tiada kerosakan atau kecacatan.
  • Baru buat pembayaran. Buat bayaran selepas semua barangan sudah selamat dihantar MyLorry ke tempat anda. Maka anda sudah boleh mula mengemas & susun letak barang anda dengan tenang.
  • Hiaskan rumah anda dengan pokok viral PKP iaitu Snake Plant.
Step by step

SIAPA MYLORRY?

Sebagai peneraju bumiputera dalam bidang logistik, MyLorry menerima tempahan pindah barang sama ada kecil mahupun besar.

Meskipun MyLorry beroperasi di Kluang, namun penghantaran boleh diuruskan dari/ke seluruh Semenanjung Malaysia. Anda tak perlu pening kepala dan stress, MyLorry uruskan segalanya.

MyLorry berpengalaman menguruskan lebih dari 1200 pelanggan dari seluruh Malaysia. Tawaran servis MyLorry pada harga rendah dengan servis profesional.

Anda boleh bandingkan harga MyLorry dengan entiti yang lain. Hotline & Whatsapp: 011-3255 1000


Anda Tanya, MyLorry Jawab

1) Adakah khidmat ‘manpower’ untuk kerja pindah barang disediakan?

Setiap jenis lori yang digunakan telah disertakan sekali dengan tenaga pekerja untuk bantu proses pemindahan pada caj tambahan yang minima.

2) Kalau saya tak sempat beli pembalut untuk pembungkusan, adakah khidmat itu disediakan?

Ya, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk balut barang, kotak dan sebagainya kerana MyLorry menyediakan khidmat ‘wrapping‘ dengan caj tambahan yang minima.

Lebih berbaloi anda menggunakan servis ‘wrapping‘ ini daripada anda stress untuk melakukannya sendiri.

3) Adakah servis penghantaran & tempahan lori untuk Event disediakan?

Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sudah semestinya tempahan lori untuk acara (event) boleh dibuat dengan menghubungi MyLorry / 011-3255 1000.

Staff khidmat pelanggan akan bantu menguruskan tempahan anda.

MyLorry - We come to you

Boleh layari MyLorry untuk dapatkan servis sewa lori untuk pemindahan rumah, pejabat dan premis perniagaan anda sekarang.

Antara feedback dari pelanggan MyLorry. Klik butang play

  • Facebook: MyLorry 
  • Hotline & Whatsapp: 011-3255 1000
  • Lokasi: Seluruh Johor & Semenanjung
  • Waktu Urusan: Setiap hari 9 pagi – 6 petang
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!