6 Filem Best Korea Lebih Sedekad Yang Lalu );

Type to search

Adamedia Infotainmen Movie Review

6 Filem Best Korea Lebih Sedekad Yang Lalu

Share
filem

Tidak ada keraguan bahawa filem-filem Korea Selatan telah lama memantapkan industri filem mereka sebagai pesaing fantastik dalam pembuatan filem.

Filem-filem Korea terus menerus berjaya menarik tumpuan penonton global dengan banyak filem bermutu tinggi dari pelbagai jenis genre.

BACA JUGA: 7 Movie Inspirasi yang Mengangkat Wanita

Jom kita tengok beberapa filem terbaik Korea lebih sedekad yang lalu, filem-filem ini juga pernah memenangi beberapa penghargaan dalam anugerah-anugerah perfileman dalam dan juga di luar Korea Selatan.

Mother (2009)

Mother merupakan filem misteri thriller yang dibintangi pelakon veteran Kim Hye Ja, Won Bin, Jin Goo, Yoon Jae Moon, dan Jeon Mi Seon. Filem ini mengisahkan seorang ibu tunggal, Hye Ja yang tinggal di sebuah bandar kecil di Korea Selatan bersama anak lelakinya, Do Jun yang mempunyai masalah mental.

Hidup mereka kemudian berantakan apabila seorang gadis dibunuh dengan kejam, dan Do Jun menjadi suspek utama. Rasa dikhianati dengan sistem undang-undang, Hye Ja mengambil jalan sendiri untuk membersihkan nama anaknya.

Speed Scandal (2008)

Selama ni hidup bujang tanpa komitmen peribadi, tetapi tiba-tiba hidup anda berubah secara mengejut kerana anda dapat tahu anda ada anak dan juga cucu.

Bergenre komedi kekeluargaan arahan Kang Hyung Chul, lakonan Cha Tae Hyun dan Park Bo Young ini mengisahkan bekas idol remaja, Nam Hyeon Soo (Cha Tae Hyun), yang kini berusia 30-an dan bekerja sebagai juruhebah radio.

Seorang gadis muda, Hwang Jeong Nam (Park Bo Young) menghantar kisah tentang kehidupannya sebagai ibu tunggal di stesyen radio tempat Hyeon Soo bekerja, Jeong Nam memberitahu Hyeon Soo yang dia akan pergi berjumpa ayah kandungnya.

Apabila Jeong Nam muncul bersama anak lelakinya Ki Dong (Wang Seok Hyeon) di pangsapuri Hyeon Soo, Hyeon Soo mendapati dialah ayah yang dicari Jeong Nam..

A Bittersweet Life (2005)

Seorang ahli kongsi gelap yang disuruh untuk mengintip teman wanita ketuanya kerana ketuanya mengesyaki teman wanitanya curang, tetapi apa berlaku apabila lelaki ini terjatuh cinta dengan teman wanita ketuanya?

Filem arahan Kim Jee Won, lakonan Lee Byung Hun, Hwang Jung Min dan Shin Min Ah ini merupakan antara filem aksi gangster terbaik Korea.

Ketua kongsi gelap, Kang (Kim Yeong Cheol) mengesyaki teman wanitanya, Hee Su (Shin Min Ah) curang dan menghantar orang kepercayaannya, Sun-woo (Lee Byung Hun), untuk menjadi mata-mata mengintip teman wanitanya. Sun Woo kemudian jatuh cinta dekat Hee Su.

Apabila Sun Woo akhirnya berjaya mengetahui yang Hee Soo curang, dia tak mampu untuk membunuh Hee Soo dan membenarkan Hee Soo lari menyelamatkan diri. Oleh kerana itu, Kang mengamuk dan menyuruh orang-orangnya membelasah Sun Woo dan membiarkannya mati. Sun Woo tidak mati dan merangka pembalasan dendam terhadap Kang.

I’m a Cyborg But That’s OK (2006)

Pesakit yang dirawat di Hospital Sakit Jiwa mempunyai pemikiran yang berbeza dari pemikiran manusia normal, mereka seperti berada di dunia lain dan hidup dalam fantasi, seperti inilah yang digambarkan dalam filem ini.

Filem romantik fantasi arahan Park Chan Wook, lakonan Rain dan Im Soo Jung ini mengisahkan Yeong Goon (Im Soo Jung) bekerja di kilang pembuatan dan pemasangan radio. Yeong Goon mempunyai gangguan mental dimana dia menganggap dirinya adalah cyborg.

Satu hari, ketika bekerja di kilang, dia memutuskan untuk mengecas semula dirinya dengan mengelar pergelangan tangannya dan memasukkan wayar elektrik ke lengannya. Tindakannya menyebabkan Yeong Goon dirawat di New World, sebuah Hospital Sakit Jiwa yang penuh dengan watak-watak menarik.

Di New World, Yeong Goon menghabiskan masanya dengan mendengar radio, bercakap dengan mesin layan diri, dan menjilat terminal bateri 9 volt. Dia kemudian bertemu seorang lelaki bernama Il Sun (Rain) yang dulu bekerja sebagai juruelektrik, Il Sun adalah ‘pencuri jiwa’.

Il Sun percaya bahawa dia mempunyai kebolehan untuk mencuri keperibadian orang lain. Yeong Goon dan Il Sun segera membentuk ikatan yang kuat kerana keperibadian aneh mereka saling melengkapi dengan sempurna.

Crying Fist (2005)

Filem aksi tinju arahan Ryoo Seung Wan, lakonan pelakon legenda Korea Choi Min Sik dan Ryu Seung Bum ini mengisahkan Kang Tae Sik (Choi Min Sik) lelaki berusia 43 tahun, bekas pemenang pingat perak meninju. 

Tae Sik kini mencari duit di kawasan pusat beli belah di Seoul sebagai manusia “punching bag” untuk orang melampiaskan stress mereka, dia juga selalu bersembunyi dari dikejar lintah darat. Isterinya ingin bercerai dan mengugut untuk lari bersama anak lelaki mereka.

Yoo Sang Hwan (Ryoo Seung Bum), remaja bermasalah, yang baru keluar penjara. Sang Hwan dimasukkan ke penjara kerana merompak dan memukul jirannya kerana hendak membayar hutang.

Ketika di dalam penjara, pengawal penjara mengesyorkan Sang Hwan untuk belajar tinju supaya dapat kawal perangainya yang agresif bila stress.

Kini ayah Sang Hwan meninggal dunia, ibunya entah kemana, neneknya pula kena angin ahmar, Sang Hwan sangat terdesak, lalu dia menyertai pertandingan meninju amatur, dan bertemu Tae Sik di gelanggang meninju.

Treeless Mountain (2008)

Filem bertema drama arahan pengarah wanita Kim So Yong mengisahkan kehidupan dua kanak-kanak perempuan Jin & Bin.

Kerana desakan ekonomi dan ingin mencari ayah mereka yang sudah lama hilang, ibu mereka terpaksa meninggalkan anak-anaknya untuk dijaga ibu saudara mereka yang tinggal di kampung.

Sebelum pergi, ibu mereka memberi anak-anaknya sebuah tabung dan berjanji jika Jin & Bin mengisi tabung itu penuh maka ibu mereka akan kembali ke pangkuan mereka.

[Kredit: Kaki Muvee]
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!