6 Filem Malaysia Menang Anugerah Antarabangsa );

Type to search

Adamedia Infotainmen Movie Preview

6 Filem Malaysia Menang Anugerah Antarabangsa

Avatar
Share
menang

Kaki movie Hollywood atau Korea tu tahu ke filem tempatan kita dah berjaya rangkul anugerah di persada antarabangsa? Ha apa kata hibernate jap layan movie marathon dekat Netflix tu.

Kebanyakan filem yang menambat hati juri selalunya bergantung pada acting skill pelakon, sebab tu mereka yang membintangi filem ni bukan calang-calang orangnya.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Lakonan mantap memang akan menjadi sebutan walaupun talent tu tak ada pengikut yang ramai atau berjuta.

Berikut merupakan enam filem tempatan yang memenangi anugerah di luar negara.

1. Crossroads: One Two Jaga

Filem arahan Namron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan telah merangkul kejayaan dengan memenangi Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik Asean International Film Festival Award (AIFFA).

One Two Jaga merupakan naskah yang kurang mendapat sambutan pada mulanya kerana menampilkan sisi gelap polis namun Namron telah buktikan kejayaannya dengan memenangi international award!

Manakala, pelakon layar Amerul Affendi penerima Pelakon Pembantu Terbaik AIFFA. 

Filem kontroversi yang menyentuh isu korupsi dalam sisi gelap polis di Malaysia ini turut ditayangkan di laman penstriman popular, Netflix.

Korang boleh tonton One Two Jaga versi tidak ditapis dan lagi real.

2. Miimaland

Terbaru, Miimaland merupakan filem bergenre seram dan turut menampilkan pelakon dan model, Fattah Amin.

Filem ini telah diangkat sebagai Filem Seram Terbaik Alternative Film Festival Spring 2021 (AltFF) di Toronto, Kanada.

Selain itu,  Nevin Hiong yang mengarahkan filem ini juga telah menewaskan calon yang lain dengan menggondol trofi Pengarah Terbaik. Ini kemenangan sulung buat Nevin selepas 10 tahun berkecimpung dalam industri seni.

menang

3. Pekak

Filem yang mengisahkan tentang seorang pemuda pekak yang dibintangi oleh Zahiril Adzim, juga penerima anugerah Pelakon Terbaik.

Pekak berjaya merangkul satu lagi anugerah di persada antarabangsa menerusi Skrip Terbaik.

Pengarah filem ini, Khairul Azri tidak menyangka karyanya berjaya merangkul dua trofi di Russia’s International Motivational Film Festival – Bridge Of Arts 2016 (IMFF 2016) kerana ketika itu dirinya hanya pendatang baharu dalam industri ini.

menang

4. Belaban Hidup: Infeksi Zombie 

Siapa sangka, asalnya sekadar cerita pendek tapi telah diolah jalan cerita menjadi filem. Kreativiti industri perfileman semakin berkembang apabila anak tempatan mula menghasilkan karya yang akhirnya membuka mata orang ramai.

Dengan mengetengahkan budaya Dayak dari Sarawak dalam bentuk filem ini benar-benar membuktikan kejayaannya apabila mengungguli dua anugerah antarabangsa.

Filem arahan Ray Lee ini berjaya diangkat sebagai Filem Cereka Terbaik dan Filem Seram Terbaik International Symbolic Art Film Festival di Russia. Perdana Menteri Malaysia turut mengucapkan tahniah atas kejayaan filem Belaban Hidup: Infeksi Zombie.

menang

5. Redha

Filem ini diadaptasikan dari kisah benar dengan mengetengahkan isu autism di negara Malaysia. Filem arahan Tunku Mona Riza ini menerima anugerah Audience Choice di Luang Prabang Film Festival 2017, Laos.

Seperti filem Crossroad: One Two Jaga, filem ini juga mendapat pengiktirafan sebelum ia ditayangkan di Malaysia.

Selain itu, filem ini dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Namron, Nadiya Nissa, Remy Ishak dan Susan Lankester. Fuh bukan main lagi line-up tu! Ada Namron, ada Remy dan Nadiya Nissa. Tiga ni favorite actor penulis.

6. Olympic Dream

Seterusnya, aktres layar yang sangat terkenal dalam genre seram, Maya Karin melakonkan watak ‘makcik Fatimah’ dalam Olympic Dream.

Filem ini masih belum ditayangkan kerana ia sepatutnya keluar serentak dengan Sukan Olimpik. Malangnya, situasi COVID-19 masih belum reda dan Olimpik Tokyo pula ditangguhkan sehingga Jun 2021.

Namun, ini bukan jadi penghalang Maya Karin untuk menerima Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Selain itu, Olympic Dream tersenarai dalam anugerah Pilihan Rasmi Festival Filem & TV Ramsgate 2020 yang berlangsung di Ramsgate, England selain memenangi anugerah filem genre seram seperti PHSM1 & PHSM2.

menang
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!