Lelaki Ini Kongsikan 6 Ilmu yang Sekolah Tidak Pernah Ajar Kepada Kita );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Lelaki Ini Kongsikan 6 Ilmu yang Sekolah Tidak Pernah Ajar Kepada Kita

Share
ilmu

Pernah tidak kita terfikir apabila sudah habis sekolah, ilmu apa yang akan kita guna untuk hala tuju kita dalam kerjaya atau seterusnya dalam menjadi insan yang baik dan berbakti kepada negara?

Di sekolah kita di ajar untuk jadi buah catur berbanding menjadi pemain catur.

Lelaki yang dikenali sebagai Izzat Zainuddin ini berkongsi apakah ilmu penting yang tidak di ajarkan di sekolah.

1. Ilmu menjual dan mempengaruhi

Kemahiran menjual penting ada pada setiap orang walaupun bukan jadi usahawan. Walaupun berkerja kita sebenarnya ‘menjual diri’ mempromosikan diri. Menjual mesti mempengaruhi untuk jadi usahawan berjaya.

Tiga tips untuk jadi usahawan berjaya adalah:

  • Bagaimana untuk menjual
  • Bagaimana untuk memujuk
  • Bagaimana untuk berkomunikasi

Di universiti, pensyarah yang mengajar perniagaan tidak pernah ada bisnes. Belajarlah dari “guru sebenar” yang sememangnya sudah mempunyai perniagaan serta hasil.

BACA JUGA: Peniaga Ini Kongsi Resipi Sedap Buat Kuey Teow Basah, Boleh Cuba Di Rumah

2. Ilmu mengurus cukai

Sama ada bekerja atau perniagaan kita tak boleh lari dari cukai. Cukai untuk diurus. Apakah perlepasan cukai yang dibenarkan dan sebagainya.

Cukai di guna balik untuk membangun negara tetapi kita tidak di ajar secara di sekolah bagaimana untuk menguruskan cukai. Berbakti kembali kepada masyarakat dan negara. Set kemahiran yang sangat penting perlu dalam hidup.

Contoh mudah ajar anak memgenai cukai. Kita makan aiskrim, kita minta untuk gigit sedikit aiskrim yang anak makan. Secara ringkasnya kita mengajar anak-anak bahawa setiap apa yang dia dapat ada bahagian yang kene beri kepada orang lain.

Jadi pembayar cukai atau zakat yang baik, jadi rakyat yang baik, maka bank akan berlumba-lumba mahu bagi pinjaman pada kita. If you fail to plan, you plan to fail.

3. Menjadi Pemimpin

Kita diberi peluang tapi tak di ajar, dua perkara sangat berbeza. Buat tanpa ilmu, keputusannya akan berbeza.

Jadi pemimpin penting untuk belajar bagaimana untuk memberi inspirasi dan beri motivasi kepada orang sekeliling dan juga keluarga. Kepimpinan tidak dilahirkan tapi boleh dibentuk.

Menjadi pemimpin melatih diri untuk moving the pieces in one time. Very crucial.

4. Ilmu Duit

Di sekolah belajar tentang sistem kewangan, dan ekonomi tetapi kita tidak di ajar tentang duit.

Duit hanyalah alat, bagaimana untuk urus dan laburkannya untuk buat duit sendiri bekerja untuk anda.

Budaya kita mengajar belajar pandai-pandai, dapat kerja bagus, beli kereta bagus, rumah besar dan tunggu pencen.

Masuk dalam perangkap duit. Pekerja kerajaan paling senang cipta hutang. Mempopularkan hutang adalah idea paling teruk sekali. Belajarlah Delay Gratification.

Wajib kita buat adalah bila dapat pendapatan atau gaji, bina aset, pendapatan pasif dan cashflow untuk sokong hidup dan lifestyle. Ajarlah anak bina pendapatan pasif. Duit berkerja untuk kita.

5. Ilmu Berunding

Kita di ajar buat saja apa yang disuruh, jangan pertikai, jangan tanya. Yes man mentality. Subconsciously tidak diajar untuk berunding.

Contoh ajar anak adalah dengan “You want something you have to do something to get it.”

Anak: Ayah, adik nak aiskrim.
Anda: Adik nak aiskrim, kena buat sesuatu untuk dapatkannya. Apa yang buat adik berhak dapat aiskrim.
Anak: Adik dah baca buku, tolong ibu, buang sampah. Jadi adik berhak dapat aiskrim.
Anda: Iya betul itu. Jom kita beli aiskrim.

Itulah kemahiran berunding. Kemahiran yang paling penting untuk belajar dan berlatih. Jadi jika kena campak tinggal kat pulau pun boleh survive.

6. Mulakan Perniagaan

9 daripada 10 rezeki datang dari perniagaan. Sebabnya kerja makan gaji ada limited income, manakala mulakan bisnes pula unlimited income.

Tiada sekuriti dalam kehidupan, yang bekerja dalam sektor kerajaan pun boleh dipecat dan hilang kerja.

Kemahiran ilmu yang tidak diajar di sekolah ini bukan sahaja untuk anak kita bahkan untuk kita juga. Bina keenam-enam kemahiran penting itu.

[Kredit: Eera Abdullah]
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!