6 Kelebihan Ada Nebulizer Di Rumah Saat Pandemik );

Type to search

Adamedia Infotainmen

6 Kelebihan Mempunyai Nebulizer Di Rumah Saat Pandemik

Share

Bagi mereka yang menghidapi simptom pernafasan, penggunaan nebulizer sangat membantu ketika dalam kecemasan kerana rawatan ini lebih berkesan serta efektif.

Nebulizer atau bahasa pasarnya ‘penyedut gas’ merujuk kepada penggunaan kaedah perubatan yang menukar ubat dalam bentuk cecair menjadi kabus halus untuk disedut masuk ke dalam saluran paru-paru.

Kebiasaannya, mesin nebulizer (pengabusan) yang disedut pesakit akan mengambil masa selama 5 hingga 10 minit.

Terdapat banyak kelebihan jika anda mempunyai alat bantuan ini di rumah ketika pandemik kerana ia membantu mencegah simptom awal pernafasan seperti sesak nafas dan melambatkan pengumpulan kahak atau lendir.

Bagi anak-anak yang mempunyai asma, serangan asma boleh tergolong kepada serangan yang tidak serius, sederhana hingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa.

Asma juga adalah sebab utama kanak-kanak dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan nebulizer ataupun penyedut gas bagi mencegah serangan tersebut.

Kelebihan Mesin Nebulizer Di Rumah

  1. Ia mudah digunakan tanpa bantuan jururawat.
  2. Boleh meningkatkan kesihatan jangka panjang,
  3. Menjimatkan kos perubatan.
  4. Sentiasa membantu anda untuk kekal aktif.
  5. Memberikan keselesaan emosi apabila masalah berkaitan pernafasan dapat diatasi.
  6. Ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

Dua Atomizers

Alat ini menyokong dua cara rawatan iaitu nozzle dan topeng muka khas.

 

Cara Penyaluran Kuasa

Nebulizer ini juga menyokong USB atau bateri AA dua kuasa yang menyalur mod lebih untuk digunakan.

 



Keupayaan pengabusan tinggi, zarah-zarah berukuran lebih kecil daripada 5 mikron, memenuhi keperluan bagi kebanyakan mereka yang menghidapi simptom pernafasan.

 

 

 

Gambaran penggunaan


Boleh diguna pakai untuk memenuhi pelbagai cara penggunaan dan keperluan rawatan.

  • Berasa sejuk & selsema
  • Pembasmian kuman udara
  • Rhinitis
  • Kecantikan kulit
  • Asma

Panduan penggunaan

Cara Menggunakan

1. Periksa kuasa
2. Buka penutup & tambah cairan ubat di dalam bekas nebulizer (sederhana)
3. Letakkan topeng muka khas atau melalui corong mulut
4. Hidupkan suis & mula berfungsi
5. Pengabusan wap bermula
6. Matikan suis

Harga di Shopee Verstshop: RM260
Harga farmasi: RM350

Jika anda membeli di Shopee Verstshop, anda akan diberikan jaminan (warranty) selama 6 bulan. Mudah untuk dibawa ke mana-mana. Persediaan yang baik ketika musim Covid-19, sesuai digunakan selepas seharian memakai pelitup muka, penghidap asma serta orang dewasa.

Walaupun penggunaan nebulizer boleh menjadi alternatif untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak Covid-19, alat ini bukanlah gantian kepada ventilator atau mesin continuous positive airway pressure therapy (CPAP).

Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih lanjut mengenai kaedah penggunaan nebulizer, boleh rujuk Myhealth.com.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!