7 Eleven Beri Beras Percuma Untuk Setiap Pembelian Akhbar Terbitan NSTP );

Type to search

Adamedia Edutainment Pilihan Adamedia

7 Eleven Beri Beras Percuma Untuk Setiap Pembelian Akhbar Terbitan NSTP

Share

Buat pembaca tegar Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times, anda berpeluang mendapatkan sepaket beras secara percuma untuk setiap pembelian akhbar tersebut.

Promosi yang dijalankan di seluruh cawangan 7 Eleven di Shah Alam itu boleh ditebus bermula dari 7 Jun sehingga 11 Jun tahun ini.

eleven

Beras Jasmine Super 5 Special bersaiz mini (400g) ini boleh ditebus oleh semua golongan peringkat umur tanpa dikenakan sebarang syarat.

Berdasarkan tinjauan Harian Metro, rata-rata akhbar keluaran New Straits Times (M) Bhd (NSTP) iaitu akhbar Berita Harian, Harian Metro serta New Straits Times habis dijual di kedai serbaneka 7 Eleven sebelum jam 10 pagi semalam.

eleven

Rata-rata warga bandaraya Shah Alam dilihat tidak melepaskan peluang mendapatkan paket beras Jasmine Super 5 berkenaan bagi setiap pembelian akhbar keluaran NSTP yang bermula hari semalam sehingga 11 Jun depan.

Hah, apa tunggu lagi? Warga Shah Alam bolehlah beli surat khabar di 7 Eleven. Tapi jangan lupa pakai mask dan ikut SOP ye.

Jumpa di sana nanti!

 

Sumber: harianmetro

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!