7 Pelajar Malaysia Peroleh 'Top in the World Awards' );

Type to search

Adamedia Edutainment Lifestyle

7 Pelajar Malaysia Harumkan Nama Negara Dengan Peroleh ‘Top in the World Awards’ Dari Cambridge

Share

Berita yang menggembirakan buat rakyat Malaysia apabila pelajar kita telah meraih international awards, dari Cambridge pula tu!

Tahniah buat 7 daripada 12 pelajar Methodist College Kuala Lumpur (MCKL) yang telah berjaya menerima pengiktirafan ‘Top of The World Awards’ dalam Anugerah Outstanding Leaner Awards yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Bukan senang untuk belajar sehingga diiktiraf. Tambah pula dengan peperiksaan Cambridge International ini diduduki oleh pelajar di lebih 160 negara di seluruh dunia. Sudah semestinya pelajar perlu beri keputusan yang terbaik setiap kali peperiksaan menjelma.

MCKL tidak menafikan bahawa prestasi peperiksaan mereka (7 pelajar) cukup cemerlang dan layak menerima anugerah berprestij dari Cambridge Assessment International Education, yang merupakan sebahagian daripada University of Cambridge.

Eng Wai Lam Simpson

awards

Eng Wai Lam merupakan pelajar yang mendapat tempat pertama dan dinobatkan sebagai ‘Best Across Three Award’ bagi pencapaian yang luar biasa sebagai ‘Top in The World’ dalam mata pelajaran Matematik, Fizik dan Kimia, oleh Cambridge Assessment International Education.

Bercakap mengenai pencapaiannya, Eng, atau lebih mesra dikenali sebagai Simpson, mengatakan bahawa kegembiraan yang dirasainya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata kerana dia tidak pernah membayangkan untuk memperoleh anugerah tersebut.

Sementara itu, 6 lagi pelajar ‘Top in The World Award’ yang lain adalah Saranya Anandraj (Perundangan), Adrianna Eva Alfred Tais (Sastera dalam Bahasa Inggeris), Liew Xiao Theng (Psikologi), Alvin Chan Zheng Jing (Matematik), Chan Junwin (Matematik), dan Lum Ting Fang (Matematik).

awards
Barisan atas dari kiri: Saranya Anandraj, Adrianna Eva Alfred Tais dan Liew Xiao Theng. Barisan bawah dari kiri: Alvin Chan Zheng Jing, Chan Junwin dan Lum Tim Fang.

Cambridge IGSCE adalah peperiksaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang memberi pelajar peluang untuk memperoleh kelayakan antarabangsa yang berprestij.

Tahun lepas, lebih sejuta pelajar mengambil bahagian dalam peperiksaan berasaskan Cambridge International dari lebih 10,000 sekolah di seluruh dunia, termasuk UK, Amerika Syarikat, China, India, Singapura dan Malaysia.

Sumber: The Sun Daily
Baca: 6 Filem Malaysia Menang Anugerah Antarabangsa
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!