Korang Kena Buat 7 Perkara Ini Kalau Sayangkan Alam Sekitar );

Type to search

Adamedia Gaya Hidup Lifestyle

Korang Kena Buat 7 Perkara Ini Kalau Sayangkan Alam Sekitar

Share

Ketika kita sedang melangkah maju ke masa depan yang dipengaruhi oleh perubahan cuaca dan iklim, kita juga harus mengamalkan kehidupan yang dapat mengurangkan kesan alam sekitar yang semakin merosot bagi generasi akan datang.

Tahukah korang, beberapa kawasan di Malaysia akan tenggelam dalam masa 30 tahun dari sekarang disebabkan perubahan iklim. 

Walaupun pandemik masih lagi melanda negara, namun, perubahan kecil dari kita sedikit sebanyak dapat mengurangkan peratus atau menambah beberapa lagi tahun sebelum Malaysia juga tenggelam, dan mungkin, ibu kota Malaysia juga akan berubah pada masa akan datang. Siapa tahu bukan?

Sama ada dari rumah atau diri sendiri, mesti ada sesuatu yang kita boleh mula. Nak tahu apa perkara tersebut, jom kita skrol ke bawah.

1. Guna Tenaga yang Kurangkan Kesan Kepada Alam Sekitar


Sebenarnya, bila kita dah banyak luangkan masa di rumah tahun ini, secara tak langsung kita sudah mula buat perkara ini secara tidak sedar.

Dengan jimatkan penggunaan elektrik di rumah sebenarnya dapat mengurangkan kesan rumah hijau yang menjadi penyebab utama kepada pemanasan global.

Selain pada itu, korang pun tak ada lah jenuh nak membayar bil elektrik bila sudah melambung. Lagi-lagi bila ekonomi tengah gawat, jimatkan tenaga elektrik adalah salah satu perkara bijak dalam hidup korang.

2. Boleh Diperbaharui


Korang juga boleh mencari peralatan yang ‘go green’ dan pasangkan sistem yang cekap tenaga. Seperti tukar ke lampu LED untuk penjimatan tenaga ataupun memasang sistem solar.

Sebenarnya, terdapat pelbagai insentif di setiap negeri untuk pemasangan sistem tersebut dan boleh buat carian di internet untuk bandingkan harga yang berpatutan.

3. Penjimatan Air untuk Kurangkan Kesan Alam Sekitar.


Untuk perkara yang ketiga ini, orang Selangor boleh abaikan. Penulis faham anda dah banyak berjimat. Jadi, untuk penjimatan air, pastikan penggunaannya efisien dan baiki semua kebocoran. Korang akan terkejut besar jika kebocoran paip menyumbang besar dekat bil air.

4. 3R: Reduce, Reuse dan Recycle.


Ini bukan drama 3R yang pernah keluar kat TV3 tu dulu tau. Tapi lebih kepada program kitar semula yang pernah korang jumpa di iklan-iklan atau kalau terjumpa tiga tong sampah dekat Malaysia ini.

Sebenarnya, boleh sahaja untuk bermula dari rumah walaupun tidak diterapkan pada sistem tong sampah di kawasan perumahan. Hidup secara minimalist, guna 3 plastik berbeza untuk asingkan sampah pepejal dan sampah yang boleh dikitar semula.

Barang yang boleh dikitar semula, korang boleh jual dan dapat duit poket untuk korang juga. Hanya carian di Google, korang boleh pergi ke tempat kitar semula terdekat untuk beri barangan kitar semula.

5. Kurangkan Penggunaan Kenderaan Persendirian.


Kalau kita pandang ke timur, kebanyakan orang Korea dan Jepun banyak menggunakan pengangkutan awam untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida di negara mereka.

Sebenarnya, kita juga boleh membuat inisiatif sendiri untuk kurangkan penggunaan kenderaan sendiri dengan carpool, pengangkutan awam ataupun menaiki basikal.

Sesuai dengan keadaan sekarang, bekerja dari rumah sebenarnya membantu kurangkan pencemaran alam semulajadi seperti yang dinyatakan di media. 

Sekiranya trend ini berterusan lagi lima tahun, pengurangan kesan rumah hijau dapat dirasai dan mungkin kita akan dapat menghirup udara yang lebih segar hanya dari tingkap rumah sahaja.

6. Beli Barang Lokal Untuk Kurangkan Kesan Persekitaran.


Bila korang menggunakan sumber tempatan, pengurangan pertama adalah tenaga yang terbuang (minyak dan karbon dioksida) dalam pengangkutan.

Oleh sebab kos pengangkutan lebih rendah untuk penjual, korang juga dapat menjimatkan duit. Berbelanja di pasar tani tempatan sebenarnya lebih segar dan dalam pada yan sama, dapat merancakkan kembali ekonomu di negara sendiri dengan tanam pada diri ‘Buy Local First’.

7. Alternatif Plastik


Plastik. Salah satu musuh utama planet terutama sekali bila dapat guna sekali pakai sahaja. Ada beberapa negeri yang sudah mengamalkan ‘go green’ tiada plastik, tiada straw, untuk menunjukkan sokongan kurangkan kesan alam sekitar.

Banyak alternatif yang kita boleh ambil seperti gunakan beg terpakai untuk beli barangan runcit, tukar ke botol serbaguna dari beli air mineral botol plastik, gunakan straw sendiri, sudu dan garfu sendiri dan banyak lagi.

Sekiranya kita dapat mengurangkan penggunaan kita, memang ia akan menjimatkan sumber daya kita.

Permintaan manusia tidak akan berakhir dalam masa terdekat. Tetapi bumi tidak dapat menghasilkan sumber yang mencukupi untuk mengikuti kadar penggunaan dari kita.

Dengan setiap item yang dapat dikitar semula yang korang beli dan setiap langkah yang diambil untuk mengurangkan penggunaan, korang memberi alam semula jadi peluang kecil untuk mengatasi.

Adakah korang bersedia untuk beralih ke kehidupan yang lebih lestari?


Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!