7 Perkara Yang Anda Harus Tahu Mengenai 'Dust Bunny' - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Lifestyle Pilihan Adamedia

7 Perkara Yang Anda Harus Tahu Mengenai ‘Dust Bunny’

Share

Kami kongsikan sikit kenapa kita perlukan penapis Udara. Gumpalan habuk dari ‘Dust Bunny’ boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menjadi perumah kepada hama dan parasit.

1. ‘Dust bunny’ merupakan segumpal habuk yang terhasil di bawah perabot dan di sudut-sudut rumah yang jarang dibersihkan.

2. Zarah ‘dust bunny’ akan tertarik satu sama lain dengan bantuan elektrik statik, sehingga membentuk gumpalan besar.

3. Gumpalan habuk ini boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menjadi perumah kepada hama dan parasit. Hama menghasilkan alergen yang boleh mengakibatkan asma.

4. Sel kulit mati, rambut manusia, bulu binatang, serat pakaian dan partikel sampah kecil adalah sumber makanan yang sempurna untuk hama rumah.

5. Habuk yang berkumpul boleh menjadi selimut penebat yang meningkatkan suhu dan menyekat laluan udara, lantas mengurangkan jangka hayat peralatan elektronik.

6. Aktiviti membersihkan almari dan perabot, menukar cadar, mengibas permaidani dan memvakum lantai pada setiap minggu sangat digalakkan untuk menangani habuk yang bergumpal.

7. Penggunaan pembersih udara (air purifier) dan HEPA filter dapat membantu mengurangkan kehadiran habuk di dalam rumah.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!