8 Artis Korea Ini Mengamalkan Diet Yang ‘Gila’ Demi Menurunkan Berat Badan - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Infotainmen Lifestyle

8 Artis Korea Ini Mengamalkan Diet Yang ‘Gila’ Demi Menurunkan Berat Badan

Share

Memiliki tubuh badan yang langsing serta tegap merupakan impian semua orang. Apabila kita bercakap mengenai tubuh badan seperti berikut, pasti kita terus membayangkan artis korea yang kebanyakannya langsing, tegap dan rupa yang sangat flawless.

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai artis korea mempunyai tubuh badan yang sangat langsing dan lawa. Namun disebalik kejelitaan tersebut, kita tidak tahu bahawa mereka sebenarnya mempunyai diet yang sangat tegas.

Berikut merupakan beberapa diet yang telah diamalkan oleh artis korea:

Source: Google

IU

Diet yang diamalkan oleh IU adalah sangat terkenal kerana ia hanyalah kurang dari 900 kalori. Ketika sedang diet, IU dikatakan hanya memakan buah epal untuk sarapan, ubi keledek untuk makan tengahari dan minuman protein ketika makan malam. Selain itu, dia juga akan bersenam setiap hari untuk menurunkan berat badan dia. Diet ini telah menyebabkan dia turun sebanyak 4kg dalam masa 4 hari.

Source: Google

Ailee

Pada awal kemunculan penyanyi ini, dia merupakan seorang yang agak berisi. Oleh itu, dia telah mengamalkan diet yang menyebabkan dia kehilangan sebanyak 10kg dalam masa sebulan. Pemakanan seharian penyanyi ini adalah sebanyak 500 kalori sahaja sehari. Pada waktu pagi, dia hanya memakan pisang sahaja. Pada tengahari pula dia akan memakan 1 dada ayam dan waktu malam pula hanyalah salad.

Source: Google

Soyou

Penyanyi ini hanya memakan sekali sehari demi menurunkan berat badan sebanyak 8 kg. Dia memakan 4 telur burung puyuh tanpa kuningnya dan segelas susu sehari. Selain itu, dia akan bersenam untuk membakar lebihan kalori yang ada.

Source: Google

Suzy

Tidak terkecuali dengan badan yang berisi, penyanyi ini juga terkenal dengan perubahan berat badannya. Dia terpaksa kerja keras demi mendapatkan tubuh badan yang lawa dan ‘ideal’ oleh orang korea. Untuk sarapan, dia hanya memakan 1 dada ayam dan pisang serta secawan susu. Untuk makan tenghari pula, dia memakan nasi perang dan salad sayur kecil. Pada waktu malam pula dia hanya memakan 2 ubi keledek.

Source: Google

2AM Changmin

Changmin mempunyai diet yang sangat tegas. Sebelum kemunculan penyanyi ini, dia mempunyai berat lebih daripada 100kg. Demi mendapatkan tubuh badan yang segak, dia hanya memakan 2 blok tofu sehari dan berlari selama 6 jam untuk menurunkan berat badannya.

Source: Google

T.O.P Big Bang

T.O.P juga terkenal kerana mempunyai diet yang sangat ‘extreme’. Dalam masa 40 hari, dia mampu menurunkan berat badan sebanyak 20kg dengan hanya meminum air dan memakan agar-agar kacang merah. Dia juga bersenam setiap hari untuk menurunkan berat badannya sebelum kemunculannya.

Source: Google

Xiumin EXO

Pernah dipanggil sebagai ‘chubby’ di dalam kumpulan EXO, Xiumin telah menjalankan penurunan berat badan yang sangat ‘extreme’. Sehingga satu tahap, dia terpaksa melakukan coffee diet, dimana dia memakan sekali dalam masa 2 hari dan hanya meminum kopi. Ketika mempromosikan lagu “Growl”, dia hanyalah seberat 53kg.

Source: Google

TVXQ

Akhir sekali, diet yang paling extreme antara diet-diet yang lain. Walaupun tiada yang mengesahkan hal ini namun terdapat beberapa sumber yang menyatakan bahawa mereka hanya meminum air sepanjang hari sekali sebelum kemunculan mereka.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!