8 Cerita Netflix Yang Korang Kena Tengok October Ini - Verst Adamedia );

Type to search

8 Cerita Netflix Yang Korang Kena Tengok October Ini

Adamedia Infotainmen Movie Preview

8 Cerita Netflix Yang Korang Kena Tengok October Ini

Farhana Syahirah
Share

Disebabkan PKPB akan dijalankan di seluruh Selangor, KL dan juga Putrajaya bermula esok, mesti di antara korang dah mula menggodek untuk cari cerita-cerita best yang boleh ditonton di rumah nanti.

Disebabkan dah masuk bulan Oktober ini, kami senaraikan 8 cerita Netflix yang baru sahaja dikeluarkan untuk korang tengok.

1. Emily In Paris


Cerita ini mengisahkan tentang seorang wanita, Emily (Lily Collins) yang berpindah ke Paris untuk bekerja sebagai ejen marketing di syarikat baru.

Bagi sesiapa yang sudah tengok, ceita ini mendapat rating tertinggi di Rotten Tomatoes,  dan bagi sesiapa yang menyukai pemandangan di Paris, korang memang sesuai untuk tengok cerita ini untuk dapatkan inspirasi fesyen dari drama ini.

Tarikh Keluar: 2 Oktober 2020

2. David Attenborough: A Life on Our Planet


Bagi korang yang sukakan dokumentari berkisarkan planet dan haiwan liar, korang boleh tengok dokumentari yang baru sahaja dikeluarkan bulan ini.

David Attenborough: A Life on Our Planet penyiar berusia 93 tahun menceritakan kisah hidupnya menerusi kariernya dan “the devastating changes he has seen”. Sesuai untuk korang yang ingin berfikir dengan lebih kritis tentang apa yang telah terjadi di bumi ini dan bagaimana kita sebagai manusia ingin mengubahnya.

Tarikh Keluar: 4 Oktober 2020

3. Hubie Halloween


Bagi korang yang meminati filem Adam Sandler, mesti nak tengok cerita lawak arahan beliau ini. Sempena Halloween di luar negara, cerita ini bergenre seram parodi dan juga kekeluargaan.

Tarikh Keluar: 7 Oktober 2020

4. The Haunting of Bly Manor


Cerita ini pula memang genre seram habis. Diadaptasikan daripada novel seram tahun 1898, The Turn Of The Srew oleh Henry James.

Cerita ini mengisahkan tentang seorang pegawai kerajaan muda yang diambil bekerja oleh lelaki untuk menjaga anak saudaranya di rumah keluarga mereka. Namun, pelbagai insiden terjadi setelah dia datang ke rumah tersebut.

Tarikh keluar: 9 Oktober 2020

5. Start-Up


Dibintangi oleh Nam Joo-hyuk dan Bae Suzy, K-drama ini menceritakan tentang dua usahawan muda dan bercita-cita tinggi untuk mencipta projek besar seterusnya di Korea’s Silicon Valley.

Tarikh keluar: 10 Oktober 2020

6. Blackpink: Light Up The Sky


Bagi peminat Blackpink – Blinks, pastinya korang tertunggu-tunggu dokumentari ini keluar besok kan. Jadi, dokumentari ini menceritakan di balik tabir kumpulan ini dan bagaimana mereka menempa nama hingga ke antarabangsa.

Bagaimana lagu-lagu mereka hits, usaha mereka sejak remaja dan pastinya setiap aspek perjalanan Blackpink dikeluarkan secara terperinci.

Tarikh keluar: 14 Oktober 2020

7. Social Distancing


Filem ini mengisahkan tentang dunia baru yang unik, yang kita semua hadapi sekarang ini. Cerita ini dirakam pada awal bulan semasa pandemik dan digambarkan situasi duduk di rumah dan apa yang dihadapi oleh semua orang ketika melakukan penjarakkan sosial.

Sesuai untuk korang yang ingin menyelami apa yang semua orang rasa ketika social distancing ini. Setiap episod akan memfokuskan pada kisah individu yang berbeza.

Tarikh keluar: 15 Oktober 2020

8. Rebecca


Diadaptasi dari novel tahun 1938, penulis Daphne Du Maurire, Movie Rebecca yang dibintangi oleh Lily James dan Armie Hammer sebagi pasangan yang baru berkahwin ketika dorang hidup dalam harta pusaka keluarganya di sebuah pantai.

Tapi, kebahagiaan dorang tak seindah yang yang disangka. Dia dibayangi oleh isteri pertama suaminya iaitu Rebecca dan terdapat misteri di sebalik kematian Rebecca dan juga rumah tersebut.

Tarikh keluar: 21 Oktober

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!