8 Fakta Menarik Mengenai Bola Sepak Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen Pilihan Adamedia

8 Fakta Menarik Mengenai Bola Sepak

Share

Ada perkara yang kita susah nak percaya, tetapi ia memang terdapat fakta bola sepak yang mungkin kita tidak pernah tahu pun sebelum ini.

1) Stadium bola sepak terbesar di dunia bukanlah terletak di benua Eropah, sebaliknya di Korea Utara (Rungrado 1st of May Stadium).

2) Maurizio Sarri, jurulatih pasukan Chelsea adalah seorang bekas pegawai bank yang melatih pasukan amatur.

3) Di Malaysia, pemain bertubuh kecil yang mempunyai larian lincah akan menerima gelaran ‘Messi’.

4) Gol PUSKAS Faiz Subri hasil tendangan percuma disebut sebagai ‘magnus effect’ dalam hukum fizik.

5) Para saintis telah menemui formula sempurna untuk tendangan penalti: menendang bola pada kelajuan sekurang-kurangnya 65mph dan ditujukan ke arah salah satu sudut atas.

6) Lusail, bandar yang bakal menjadi tuan rumah pada perlawanan pembukaan dan final Piala Dunia 2022 belum lagi wujud sewaktu Qatar dicalonkan menjadi hos acara berprestij itu.

7) Lebih separuh penduduk dunia meminati bola sepak. Dengan peminat seramai 4 bilion, lebih separuh daripada penduduk bumi mengikuti sukan ini.

8) Menurut John Hopkins Medicine Health Library, bola sepak menunjukkan angka kes kecederaan tertinggi di hospital selepas bola sepak Amerika, berbasikal, bola keranjang dan bola lisut.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!