9 Makanan Eksotik Malaysia Yang Patut Dicuba Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Makan Makan-Makan

9 Makanan Eksotik Malaysia Yang Patut Dicuba

Share

Ramai yang tahu bahawa Malaysia dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan, sehinggakan satu ketika dahulu pernah digelar sebagai “Food Paradise”.

Bagi pelancong luar yang ingin merasai sendiri keunikan makanan di Malaysia boleh lah mencuba, namun ia tidaklah terhad kepada pelancong luar sahaja malah penduduk tempatan juga boleh merasai makanan ini.

Source: Unilever Food Solutions

Satay

Seperti yang kita tahu, satay merupakan daging atau ayam yang dicucuk pada lidi dan disediakan dengan bawang, timun dan kuah kacang. Namun kini, satay telah divariasikan ke pelbagai jenis daging seperti daging arnab atau kambing.

Kepelbagaian daging untuk satay telah unikkan lagi hidangan tersebut sehinggakan ia mempunyai daging yang eksotik untuk dimakan.

Source: Terowong Informasi

Botok botok

Botok botok merupakan lauk ikan yang diperap dengan herba dan dihidangkan ke atas daun pisang. Hidangan ini asalnya dari kaum Jawa dan ia patut dicuba oleh mereka yang singgah ke Johor.

Source: Plantd.co

Pan Mee

Pan Mee merupakan hidangan mee sup, di mana mee tersebut dibuat dengan tangan atau mesin. Ia dimasak dengan cili, daging, telur, ikan bilis goreng dan sayur-sayuran.

Pan Mee merupakan hidangan pilihan ramai orang apabila tiba waktu makan tengahari.

Source: Kuali.com

Nasi Tumpang

Nasi tumpang merupakan nasi dan lauk yang dibungkus di dalam daun pisang, cara bungkusannya unik kerana ia berbentuk ‘kon’.

Terdapat pelbagai lauk untuk nasi tumpang seperti telur, daging, ayam ataupun udang bersama dengan kuah yang lemak dan manis.

Source: BITES by TABLEAPP

Rendang

Rendang merupakan lauk yang dicari-cari semasa musim perayaan, namun kini rendang juga boleh dicari dimana-mana sahaja. Ia merupakan daging yang dimasak dengan santan, cara makannya sama ada makan dengan pulut, nasi, roti ataupun makan begitu sahaja.

Source: Rasa

Kuih

Kuih merupakan ‘makanan ringan’ yang dimakan semasa minum petang. Ia mempunyai pelbagai jenis seperti kek, biskut, pastry dan pelbagai lagi.

Kebanyakan kuih mempunyai rasa yang manis dan berlemak mengikut kepada bahan yang digunakan. Kebanyakannya akan masak menggunakan kelapa, gula Melaka, pandan dan pelbagai lagi.

Source: Asian Inspirations

Yusheng

Yusheng merupakan makanan istimewa semasa musim perayaan dan ia merupakan ikan mentah dicampurkan dengan sayur-sayuran serta pelbagai sos dan perasa.

HIdangan ini asalnya dari Cina Kuno yang menyediakan ikan mentah, sayur-sayuran, dan pelbagai jenis sos.

Source: MiniKitchenLab

Ngah Po Fan

Ngah Po Fan atau nama lainnya Sea Po Fan merupakan hidangan nasi yang dimasak secara lama dengan ayam, sosej dan sayur-sayuran di dalam mangkuk tanah liat. tidbits

Dengan memasak di dalam mangkuk tanah liat, ia menghasilkan lauk yang mempunyai rasa yang kuat serta lembut dan nasi yang mempunyai pelbagai rasa.

Source: AmazingNara

Tempeh

Tempeh merupakan makanan ruji kaum Jawa, Ia terdiri daripada kacang soya yang dibiakkan dan melalui proses penapaian kepada satu bentuk. Selalunya tempeh akan digoreng begitu sahaja ataupun dimasak dengan lauk yang lain.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!