9 Teknik ‘Posing’ Yang Betul Agar Nampak Kurus Dalam Gambar - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

9 Teknik ‘Posing’ Yang Betul Agar Nampak Kurus Dalam Gambar

Avatar
Share

Sesetengah orang tidak yakin untuk bergaya di hadapan kamera, terutama wanita. Sanggup bergambar di belakang orang semata-mata untuk menyorok daripada nampak ‘chubby’.

Mempunyai badan yang gembal dan peha yang besar tidak semestinya tidak boleh beraksi di hadapan kamera.

Jom baca cara ‘posing’ dengan betul!

Duduk Tegak

Duduk tegak nampak lebih kemas dan yakin. Selain itu, posisi ini juga mengelakkan daripada pernampakkan perut berlapis. Tips berguna adalah tahan nafas semasa bergambar.

Duduk Mengiring

Duduk dengan bergaya. Elakkan duduk tegak dan bosan seperti mengambil gambar passport. Duduk secara mengiring dan tegak untuk mengelakkan lemak di perut tidak kelihatan. Tolakkan pinggal ke belakang supaya gambar lebih menarik.

Jangan Rapatkan Peha

Jarakkan sedikit peha untuk menampakkan ruang dan ilusi kurus. Kalau peha dirapatkan, gambar anda akan kelihatan penuh dan besar di bahagian pinggul. Dalam masa yang sama, berdiri tegak supaya lemak pinggul di bahagian tepi tidak terlalu kelihatan.

Silangkan kaki

Posisi ini sering digunakan oleh artis untuk nampak lebih kurus dan tinggi. Silangkan kaki untuk kelihatan lebih panjang dan runcing. Palingkan sedikit badan ke sisi dan letakkan tangan di pinggul. Tonggekkan pinggul agar garisan lengkung pinggang kelihatan.

Silangkan Kaki ke Sisi

Jangan bergambar tegak di hadapan kamera! Silangkan kaki ke sisi supaya badan nampak lebih langsing dan tinggi. Kamera akan lebih fokus kepada garisan badan sisi. Selain itu, jengkekkan kaki agar pinggul nampak lebih jelas dan tangan memegang sisi pinggul.

Posisi Tangan

Untuk mengelakkan lengan kelihatan besar, letakkan tangan di pinggang. Jangan luruskan tangan kerana ia kelihatan seperti lemak terkumpul.

Jangan Tunduk

Tegakkan leher anda supaya lemak di dagu tidak jelas. Jangan tundukkan kepala semasa bergambar. Kedudukan kamera juga perlu selaras dengan paras mata. Jika kamera berada lebih rendah dari paras mata, lemak dagu akan kelihatan!

Kenalpasti Posisi Muka

Setiap manusia dikurniakan wajah yang tersendiri. Kenalpasti daya penarik ketika senyum. Jangan terikut gaya dan senyuman orang lain. Yakin dan cari posisi muka anda yang paling menyerlah. Gunakan senyuman dan posisi muka yang sama untuk jadikan identiti anda.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!