99 Speedmart Hulur Bantuan Tanda Sokong Kempen Bendera Putih );

Type to search

Adamedia Isu Best

99 Speedmart Hulur Bantuan Tanda Sokong Kempen Bendera Putih

Share
99

Baru-baru ini tular di seluruh negara apabila kempen bendera putih telah dijalankan bagi membantu mereka yang mengalami kesusahan tatkala wabak COVID-19 yang melanda ketika ini.

Mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan rakyat Malaysia, terkini pasaraya 99 Speedmart juga tampil memberi sokongan apabila memuat naik status di semua laman media sosial mereka.

99

Turut menyatakan beberapa perkara penting, orang ramai diminta meninggalkan alamat dan gambar beserta lokasi rumah yang menaikkan bendera putih.

99

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesyukuran dan memuji usaha baik yang ditunjukkan oleh syarikat pasaraya berkenaan.

Bahkan, ada yang memberikan sokongan dan ingin menjadikan 99 Speedmart sebagai pasaraya pilihan mereka.

99

99

Penulis sangat bersyukur kerana meskipun ramai yang mengalami kesusahan ketika ini, bantuan dan keperihatinan masyarakat tidak pernah putus dan ianya sekaligus membuktikan bahawa Malaysia sebuah negara yang aman damai.

Buat anda yang terkesan, “Tak Perlu Merayu, Tak Perlu Malu” kibarkan saja bendera!

 

Baca: Trending Kempen Kibarkan Bendera Putih,Isayarat Bagi Yang Memerlukan Bantuan
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!