Ditidurkan Kerana Hadapi Gangguan Paru-Paru, Abang Siti Sarah Dimasukkan Ke Wad ICU );

Type to search

Adamedia Isu Best

Ditidurkan Kerana Hadapi Gangguan Paru-Paru, Abang Siti Sarah Dimasukkan Ke Wad ICU

Share
ICU

Kehilangan isteri tercinta beberapa hari lalu, kini abang iparnya pula dikhabarkan telah dimasukkan ke wad ICU setelah ditidurkan atas faktor gangguan paru-paru.

Pelakon dan pelawak terkenal, Shuib mengesahkan perkara berkenaan di laman sosial Instagram beliau awal pagi tadi.

“Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Abang ipar saya iaitu abang kepada arwah dimasukkan ke ICU. Saya mohon mendokan Ahmad Firdous Raisuddin semoga diberi kesembuhan segera”

ditidurkan

Ahmad Firdaus Bin Raissuddin dan isterinya disahkan positif COVID-19 empat hari selepas keluarga Siti Sarah dijangkiti wabak berkenaan.

Difahamkan, ketika dikejarkan ke hospital, paras oksigen beliau berada pada tahap 85% dan bagi merehatkan paru-parunya, doktor terpaksa menidurkan beliau.

Menurut Harian Metro, Shuib menjadi fobia dengan virus pembunuh itu dan menasihatkan abang iparnya supaya tidak menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

ditidurkan

“Sudah lapan hari abang ipar saya dikuarantin. Oksigen dia juga semakin menurun, tapi keadaan dia masih lagi stabil dan dirawat di Hospital Serdang,” katanya.

Sama-sama la kita doakan agar kesihatan beliau beransur pulih dan kembali sihat seperti biasa.

Pesan penulis, jaga diri anda dan sentiasa patuh pada SOP yang ditetapkan.

 

[Sumber]: hmetro

 

Baca: Luah Rasa Kecewa Dengan Minum Racun, Pasangan Suami Isteri Ditahan Polis

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!