Adakah Alien, Manusia Dari Masa Depan? - Verst Adamedia );

Type to search

Adakah Alien, Manusia Dari Masa Depan?

Adamedia Infotainmen

Adakah Alien, Manusia Dari Masa Depan?

Farhana Syahirah
Share

Dalam eksperimen yang dilakukan oleh saintis luar negara pada March 2019 yang lepas, para saintis pernah membalikkan anak panah waktu untuk beberapa saat dan menstimulasikan perjalanan waktu menggunakan partikel kuantum yang disebut Qubits.

Eksperimen ini jauh dari mencapai perjalanan waktu dalam masa terdekat, tapi jika memberikan sedikit kemungkinan, eksperimen ini akan menyokong teori Dr Michael P. Masters yang UFO dan mahkluk asing mungkin merupakan antropologi masa depan yang Kembali ke masa lalu untuk mengkaji nenek moyang mereka – iaitu kita.

Dalam saluran YouTube TIME, Time Explains: Could We Be Aliens? Jeffry Kluger menyatakan kemungkinan kita adalah ‘alien’ pada masa hadapan disebabkan kemungkinan perkembangan kita sebagai spesies yang bergerak maju.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=4pYNLgpLIWU[/embedyt]

Berdasarkan lintasan perkembangan fizikal, intelektual dan teknologi kita, dia mengatakan bahawa dia percaya jejak makhluk asing yang tidak berambut, berkepala besar, berteknologi maju, mungkin di mana evolusi memimpin kita.

Manusia telah berkembang menjadi makhluk yang tidak berambut secara relatif jika dibandingkan dengan nenek moyang kita dan ramai ahli antropologi juga percaya manusia akan kehilangan sepenuhnya kerana ia tidak lagi berfungsi – tiada lagi kecantikan rambut.
 
Bahasa adalah aspek lain dari hujahnya: pertemuan yang dilaporkan dengan makhluk luar angkasa selalunya melibatkan kemampuan mereka untuk berkomunikasi dengan kita melalui mekanisme yang sama yang kita gunakan untuk komunikasi.
 
Teknologi UFO seakan-akan kuasa magik berdasarkan kemampuan teknologi semasa, tetapi kebanyakan teknologi kita pada masa ini akan kelihatan seperti magik bagi sesiapa yang hidup satu abad yang lalu, apalagi beratus-ratus, atau ribuan tahun yang lalu. Bagaimana jika kita bergerak maju seratus atau ribuan tahun dari sekarang? Mind blowing bukan?
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!