Agong Berjiwa Rakyat, Pandu Kereta Sendiri Hantar Bantuan - Verst Adamedia );

Type to search

Agong Berjiwa Rakyat, Pandu Kereta Sendiri Hantar Bantuan

Adamedia Isu Best

Agong Berjiwa Rakyat, Pandu Kereta Sendiri Hantar Bantuan

Avatar
Share

Sejak beberapa hari yang lalu hingga ke hari ini, Monsun Timur Laut menyerang negara kita yang menyebabkan enam negeri dilanda banjir teruk iaitu Johor, Pahang, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Perak. Agong kita seorang yang sangat terkenal dengan sifat prihatinya terhadap rakyat. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memandu sendiri meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Turut bersama agong, Seri Paduka Bagina Raja Permaisuri Agong dan  YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah berkenan mengadakan lawatan di kawasan banjir iaitu daerah Maran

Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk meluangkan masa bersama mangsa banjir. Sumbangan juga turut diberi kepada mereka untuk meringankan bebanan yang mereka tanggung akibat daripada banjir yang sangat teruk. Baginda turut mendokan agar bencana banjir ini tidak berterusan dan menzahirkan harapan agar semua mangsa banjir tabah mengharungi musibah yang menimpa

Al-Sultan Abdullah turun berkesempatan menzahirkan pernghargaan dan ucapan terima kasih kepada NADMA, Kerajaan Negeri dan Pentadbiran Daerah serta agensi penyelamat dan jabatan kerajaan seperti polis,bomba,tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Rakyat juga berasa sangat bangga dengan keprihatinan Agong.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!