Airbus Cipta Khemah Kuarantin COVID-19 Dalam Kapal Terbang );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Airbus Cipta Khemah Kuarantin COVID-19 Dalam Kapal Terbang

Share
airbus

Syarikat penerbangan akan terus mengalami ‘mimpi buruk’ selagi pandemik COVID-19 tidak hilang atau berjaya dipulihkan sepenuhnya.

Untuk menjaga keselamatan penumpang sepanjang pandemik, Airbus telah mereka cipta kawasan pengasingan jarak dua meter di dalam kapal terbang bagi penumpang yang mempunyai simptom.

Ianya seperti yang disyorkan oleh badan penerbangan global IATA dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.

Itulah yang dimaksudkan dengan konsep Airbus PaxCASE (Kawasan Penumpang yang memiliki Simptom). Hadangan Transparent Plastic Sheet akan dibuat kepada penumpang yang berpotensi penularan jangkitan ini.

Penghadang akan dibuat mengelilingi satu daripada kawasan tempat duduk daripada tiga dalam satu barisan termasuk tempat penumpang tanpa sebarang gejala.

Crystal Cabin Awards

Konsep ini telah dicalonkan dalam kategori Perjalanan Udara Bersih dan Selamat dalam Crystal Cabin Awards 2021, yang memfokuskan pada trend terkini inovasi dalaman pesawat.

Crystal Cabin Awards selalunya dibahagikan lapan kategori, tetapi tahun ini hanya tertumpu pada dua anugerah utama iaitu kategori Perjalanan Udara Bersih dan Selamat dan juga kategori Pilihan Hakim.

Walaupun PaxCASE tidak mendapat permintaan yang tinggi, tetapi pengiktirafan reka bentuk dari Crystal Cabin Awards menunjukkan bahawa ia merupakan idea yang terbaik.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!