Akademi Tebar Roti Canai, Timbul Pelbagai Reaksi Warganet );

Type to search

Adamedia Edutainment Lifestyle

Akademi Tebar Roti Canai, Timbul Pelbagai Reaksi Warganet

Share

Tular di media sosial mengenai penubuhan sebuah akademi kemahiran mengajar roti canai yang bakal diwujudkan di Negeri Sembilan tahun ini. 

“Zaman semakin ke arah digital, tetapi Malaysia semakin kebelakang” itulah antara keluhan-keluhan warganet terhadap perkara ini. 

Menurut sumber dari Sinar Harian, hasrat itu adalah dari Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani bersama Yayasan Negeri Sembilan (YNS), Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (Tabah) dan Restoran Abang Terbang. 

akademi
Kredit: Sinar Harian

Walau bagaimanapun, berita ini tidak mendapat khabar baik dari masyarakat Malaysia kerana mereka beranggapan bahawa Akademi ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada negara. 

Malah lebih perit apabila negara jiran kita lebih ke hadapan dalam membangunkan mutu anak-anak muda mereka. 

Antara keluhan Warganet di Twitter
Sumber: Twitter

Ada di antara warganet rasa bahawa yang patut ditingkatkan lagi adalah ilmu pembangunan digital kerana ianya lebih membantu Malaysia untuk lebih berkembang pesat selari dengan negara-negara berhampiran. 

Namun ada juga yang mempertahankan perkara ini kerana mereka beranggapan bahawa legasi pembuatan roti canai semakin pupus. Ia juga mampu meningkatkan ekonomi negara kembali. 

Sumber: twitter
Sumber: Twitter

Apa-apa pun penulis berharap agar lebih banyaklah akademi yang bermutu ditubuhkan di negara kita. 

Baca Juga: Kena Scam? 7 Jenis Scam Yang Kita Semua Perlu Tahu Dan Berhati-Hati

Tags:

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!