Aktiviti "Adopt An Animal" Zoo Negara Berjaya Raih Perhatian );

Type to search

Adamedia Isu Best

Aktiviti “Adopt An Animal” Zoo Negara Berjaya Raih Perhatian Ramai

Avatar
Share

Disebabkan penularan Covid-19 semakin meningkat, menyebabkan kebajikan haiwan di Zoo Negara sedikit tergugat kerana kurangnya sumber pendapatan.

Berbekalkan RM25 sahaja, anda boleh menyelamatkan, melindungi dan menjaga kebajikan haiwan di Zoo negara dengan menyertai program atas talian iaitu Adopt An Animal.


(Sumber: Facebook Zoo Negara)

Anda juga dapat mengambil peluang untuk berjumpa dan melawat “anak angkat” anda itu nanti.

Menurut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Amat Lana menyatakan bahawa program tersebut mendapat sambutan yang hangat dan memberangsangkan meskipun kini kita semua sedang berperang dengan wabak merbahaya dan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hampir di seluruh negeri.

Pelbagai komen dan maklum balas yang diterima sangat membantu pihak Zoo Negara, malah jumlah penderma juga meningkat dari April hingga Ogos dengan jumlah 50000 penderma.

Mereka menyebarkan segala maklumat menggunakan platform sosial media mereka sendiri dan anda boleh layari segala maklumat di sana.

Beliau juga berkata bahawa program tersebut menjalinkan kerjasama dengan Ticket2U, Maybank2U, Lazada dan Shopee sejak tahun 2017 lagi.

Sebanyak 30 jenis haiwan boleh dipilih sebagai “anak angkat” dan ia memberi pendedahan dan masyarakat dapat memainkan peranan penting bagi melindungi kehidupan haiwan-haiwan di sana.

Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'Adopt Our YİYİ All our animals are p for adoption and you may help sto adopt one by maintair ning its annual food, enrichment and vete care. ZooNEGARA Zoo MALAYSIA'
(Sumber: Facebook Zoo Negara)

Mereka yang berminat boleh layari laman web Zoo Negara untuk ketahui lebih lanjut tentang program ini.

Sumber: Bernama

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!