Terlupa Bendera Putih Sedang 'Trending', Gadis Ini Sidai Langsir Luar Rumah Disalaherti Persatuan Penduduk );

Type to search

Adamedia Isu Best

Terlupa Bendera Putih Sedang ‘Trending’, Gadis Ini Sidai Langsir Luar Rumah Disalaherti Persatuan Penduduk

Share
bendera putih

Semenjak kempen bendera putih menjadi perhatian, ramai juga insan yang prihatin tampil menghulurkan bantuan kepada rumah-rumah yang dikibar dengan bendera itu.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan gadis ini yang videonya tular di media sosial, Nurul Aishah Sazali, 22, yang menetap di flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Sering, Selangor.

Kata gadis itu, dia pada Sabtu lalu menjemur langsir putih di tingkap kediamannya sebelum berlaku salah faham dengan komuniti setempat di sana.

“Saya jemur langsir putih tu untuk hilangkan bau hapak. Saya gantung dekat tingkap. Rumah saya berada di tingkat satu flat ini.

“Saya pun lupa mengenai kempen bendera putih. Tiba-tiba ada orang persatuan flat call mak saya, dia tanya sekiranya ada masalah.

Malah katanya, kejadian itu membuka matanya mengenai sikap rakyat negara ini yang masih bermurah hati membantu sesama sendiri biarpun berada dalam situasi pandemik yang tidak berkesudahan sejak lebih setahun lalu.

“Mungkin juga mereka ambil berat bila lihat langsir putih tu kerana mereka tahu mak saya jaga dua anak yatim.

“Dua sepupu saya berusia 13 dan 15 tahun dibela oleh keluarga kami sejak ibu bapa mereka meninggal. Mak saya juga jaga abangnya yang berusia hampir 60 tahun.

“Pakcik saya tiada isteri, jadi mak yang jaga. Mungkin sebab itu jugalah orang fikir kami betul-betul perlukan bantuan selepas lihat langsir putih tu,” ujarnya.

@aishahsazali2

Reply to @ffaateha okay dah deal content dengan burung2 pulak🤣 ##benderaputih🏳️

♬ original sound - AishahSazali

Dalam pada itu, Aishah turut berkongsi video kejadian itu sehingga tular di laman Twitter.

“Saya buat video tu bukan saja-saja atau nak merendahkan mereka yang memerlukan bantuan, tak sama sekali.

“Pada saya, orang yang gantung bendera putih tu tak bereti mereka kalah. Ia merupakan satu kemenangan antara pemberi dan menerima,” ujarnya. – Mstar.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!