Amerika Syarikat Cipta Susu Ibu Pertama Di Dunia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Amerika Syarikat Cipta Susu Ibu Pertama Di Dunia

Share
susu

BIOMILQ, syarikat berpangkalan di Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kejayaannya menghasilkan susu manusia daripada sel susu ibu di sebuah makmal.

Oddity Central melaporkan, makronutrien terdapat dalam susu manusia dikultur sel BIOMILQ adalah protein, karbohidrat kompleks, asid lemak dan lipid bioaktif lain yang diyakini sesuai dan ada dalam susu ibu.

BIOMILQ dalam kenyataannya memberitahu penghasilan produk itu bukan bermaksud menggantikan susu ibu yang sebenar.

susu manusia
biomilq
Leila Strickland (kiri) dan Michelle Egger.

“Saya beritahu sesiapa yang bercakap dengan saya mengenai BIOMILQ bahawa saya melakukan ini untuk ibu dan bayi.

“Ia berdasarkan pengalaman peribadi saya dengan kegagalan penyusuan dan mengikut firasat mengenai biologi sintesis susu, saya percaya jika seseorang memberi saya peluang untuk melakukan perkara ini, ia mungkin benar-benar berkesan,” kata ahli biologi Leila Strickland, pengasas bersama BIOMILQ dan Ketua Pegawai Keselamatannya.

Biarpun susu ibu buatan makmal menarik, BIOMILQ menekankan bahawa produk mereka tidak serupa dengan susu ibu yang sebenar.

“Perubahan hormon, isyarat bayi, kontak kulit ke kulit dan persekitaran semuanya mempengaruhi kesulitan susu ibu yang dinamik,” kata Strickland kepada Food Navigator.

Baca Lagi: Susu Bukan Untuk Kuatkan Tulang Sahaja, 8 Kebaikan Susu Yang Anda Perlu Tahu

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!